Salam Ramadhan
Almost left unnoticed that this is 'Bulan Kemerdekaan' to my beloved country, Malaysia. Tak tersempat nak mengingati perjuangan pejuang2 kemerdekaan. yang pasti, ingatan penghargaan itu tetap ada. Sejarahnya, pertemuan rombongan perjuang kemerdekaan dgn penjajah yg berlaku di bumi England ini,..yg kini menjadi tpt persinggahan kami. Semoga negara ku Malaysia aman sentosa dan berjaya meraih kedudukan ke tahap kemajuan dan keamanan yg stabil. itulah harapan kami, rakyat mu.
Cuma terkilan sungguh mengenangkan peristiwa hitam yg kian menjadi2 di sana. Entahlah, sehingga saya mengharapkan agar laporan akhbar tentang kes baby dumping, amukan, bunuh membunuh, dirty political thingy itu semua adalah karut semata2. Perasaan marah, benci dan jelak setiap kali menyusuri laporan sedemikian. Apakah yg berlaku di Malaysia..? Apabila membincangkan isu2 ini, saya melihat ia bukan shj membabitkan warganegara itu sendiri, tetapi secara adilnya kita harus menyedari bahawa Malaysia sekarang didiami oleh pelbagai kaum manusia yg datang dari negara2 lain. Kes2 yg terjadi itu tidak wajar kita lihat sebagai refleksi sikap warganegara kita sahaja..Umum mengetahui telah byk berlaku kejadian jenayah dan amalan sosial yg telah mengancam keselamatan rakyat yg berpunca dari warga asing, contohnya: ragut, penempatan haram, cabul n rogol serta rompakan yg melibatkan jenayah bunuh yg amat kejam.
Sehinggakan, saya tidak dpt lari drp membuat pengakuan bhw perasaan takut dan risau yg teramat membayangkan kehidupan kami nanti apabila pulang ke tanahair. Terutamanya terhdp keselamatan anak2 di luar rumah hatta sewaktu mrk di sekolah pon. Secara jujurnya saya katakan, kehidupan di sini amat jauh berbeza. aman dan tenteram. Apa yang saya lihat, amalan perundangan di sini yg ketat yg menjd asas utama. Pihak polis, polis komuniti, guru2, jiran tetangga sgt mengambil tahu dan menekan soal keselamatan. Pihak polis sentiasa bersedia berkhidmat dan melayan aduan. Jiran2 juga mengambil tahu jika ada berlaku suspicious thing, cth: satu pg gate rumh jiran terbuka luas daripd malam ke esok pagi. Jiran yg sebelahnya repot polis n kejap jer kete peronda sampai tuk menyiasat. Sib baik, tak de pape jus dia lupa nka tutup gate. Bukanlah busy body, tp my neber tu tinggal sorang so, kitorg risau kot something bad happen to him.
Soal keselamatan kanak2 < 12 thn juga amat diambil berat. Golongan ini mestilah sentiasa di bwh guardian/parent or the elder. sesiapa yg cuai akan dituduh sbg 'child neglect' dan menerima hukuman. Dgn erti kata lain, tak der budak2 ni dibiarkan kat umah atau diluar on their own. Klu ada yg kuar rumah tinggalkan anak ini, silap aribulan polis dtg ketuk pintu.Pernah ada kes, polis pecahkan pintu rumah terbabit. Yg baby pula, tentulah lbh lagi dijaga soal keselamatan mrk.. Memang tak prnh dengar kes baby dumping di sini. Tapi, kita harus fhm juga, di sini diorg tak kisah klu ada anak luar nikah ke apa..so, klu terberanak tak de bapak tu perkara normal. Bukanlah saya mengatakan kita harus allow dan bersetuju dgn anak luar nikah ni. Tidak sama sekali.
Sebagai negara Islam, Malaysia harus berusaha lbh keras lg memperkasakan perundanganya spy lbh disegani. Pd pendpt saya, asas kpd tindakan kita harus berpaksikan kpd 'prevention better than cure'. Dgn kebanjiran warga asing yg sudah tentu menyimpang dari adab susila org Malaysia, kemasukan mrk ke negara kita juga perlu difikirkan secara serius. Spt di sini, imegeresen mula memperketatkan syarat2 kemasukan org luar ke negara ini.
Saya amat2 berdoa bumi Malaysia tercinta kembali aman tenteram. Marilah kita kembali kpd amalan mulia serta tingkatkan martabat insaniah kita. Kurangkan hiburan , buka kan lah laluan hidup kita ke arah kemajuan yg menyihatkan. Barulah masyarakat kita menjadi masyrakat yg maju dari segenap segi dan bebas dari gejala sosial yg membahaykan keselamatn penduduknya.
Till we meet again, see you soon, very very soon. Bye.
yup.. bnde tu mmg betul2 jadi. baby dumping tu x tau lah smpai bila.. harinie berita budak drjah 6 kne tgkap sbb buat sex dgn 2 lelaki umur 20 n 23.. dlm bulan puasa plak tu. huhu..sdih tgk.
ReplyDelete