Salam to all;
Hari hari Jumaat yg mulia menjengah lagi. Baru shj selesai bersembang santai dgn anak bujang mengenai topik tauhid. Saya faham bhw bukan senang mengajak anak2 bersembang mengenai hal keagamaan. Kerana, outcome yg kita mahu ialah kefahaman dan serta kepecayaan mereka yg utuh terhdp perihal ghaib ini. Semestinya menuntut kesabaran yg tinggi. Maklumlah, anak2 disini lbh menjurus kpd ajaran; 'u believe what u see'. Satu hal lagi, mrk sukar mengingati terma2 yg biasa kita gunakan. Contoh mudah 'menunaikan puasa SEBULAN di bulan Ramadhan' di sebut; ' menunaikan puasa SEBELUM bulan Ramadhan.' :o_0: Maka, terpaksa lah sy menggunakan Manglish, spy sampai apa yg dimaksudkan.
Saya terkenang di waktu saya kecil, seawal 5 tahun lagi telah didedahkan dgn tazkirah dari arwah atuk. Pengisiannya meliputi soal akidah, sejarah, ibadah, dan sebagainya sbg asas kepercayaan seorg muslim. Pendengar setianya ialah arwah nenek, kami adikberadik serta anak2nya yg lain. Telah menjd kelaziman, solat maghrib dan solat Isya' dilakukan berjemaah. Tidak boleh tidak. Arwah sgt tegas sbg ketua keluarga. Tiada siapa yg ingkar. Sementara menunggu masuk waktu isya', kami dihidangkan dgn tazkirah. Meskipun ketika itu sy terlalu kecil utk memahami setiap butir perkara yg dibincangkan, tetapi kini sy merasa sgt bertuah krn menjd cucu arwah. Pengajaran daripada sesi tazkirah tersebut yg byk membantu sy menjd insan Muslim. Malah dgn pengetahuan itu, sy dpt menjwb soalan subjek agama di sekolah dgn baik sekali.
Biasanya selepas selesai solat maghrib dan doa, maka saya mula menghafal rukun islan, iman, sifat2 Allah, hukum syarak, nama2 malaikat dan byk lagi hukum hakam atas arahan arwah. Setelah selesai semua hafalan, barulah beliau membuka topik tazkirah utk malam itu. Kdg2 tu sampai berbuih juga mulut sy dan mengambil masa agak lama; ttp beliau menunggu dgn tenang shj. begitulah amalam kami sekeluarga setiap malam. Selepas selesai solat Isya' berjemaah dan bersalaman, barulah kami beredar utk makan malam dan menonton tv.
Kini arwah sudah tiada lagi. Tetapi arwah sering hadir dlm mimpi sy. Beliau meninggalkan dunia fana' ini sewaktu kandungan anak sulong sy berusia sebulan ( yg kini berusia 10 thn). Ketika itu sy di Skudai dan berita kematian arwah sy terima sewaktu di dlm kereta dlm perjln pulang menziarahi arwah yg sdg tenat di kampong. Khabarnya raut muka arwah ketika dikafankan kelihatan tenang & tersenyum spt sedang tidur nyenyak. Para hadirin tidak dpt menahan daripada menitis airmata. Ini kerana arwah seorg yg insan yg wajar mendapat pujian dr segi sikap sbg seorg sahabat, jiran, ketua keluarga dan seorg yg amat cintakan ilmu. Majlis kenduri arwah berlamgsung selama 7 malam yg mendpt kehadiran yg bertambah ramai dari hari ke hari.
Semasa hayatnya, setiap kali saya menziarahi arwah (sewaktu pulang bercuti ke kg), jika tidak arwah menguruskan kebun atau ternakan, tentu shj arwah dilihat bersama buku2 dan kitab2nya. Semmgnya arwah dikenali sbg ulat buku, dan tidak kedekut mengeluarkan duit membeli buku. Jgn terperanjat, sbnrnya hanyalah bekerja kampung shj, malah bersekolah pondok setakat sederhana shj. tetapi kecintaannya tdhp ilmu mmg tiada batasan, malah arwah lah insan yg mendorong anak cucunya mendaki puncak ilmu hingga ke tangga teratas. Masih terngiang di pendengaran saya sewaktu tazkirah beliau ' tuntulah ilmu dari buaian ke liang lahad' dan 'tuntutlah ilmu hingga ke negeri China (siin)'.
Mengingati semua kenangan ini walau sesaat bisa meruntuh benteng airmata saya. Tiada apa yg dpt sy katakn, sedih yg teramat trhdp kehilangan itu. Semoga Allah mencucuri rahmat dan mengangkat rohnya ke dlm golongan yg tinggi darjat di sisiNya. AlFatihah buat Haji Abdullah b Yusoff. Alfatihah.
Dan setiap kali juga saya berbincang hal agama dgn anak2 sy, tergambar kenangan itu. Cumanya situasi sekrg sudah jauh berbeza dan saya harus menggunakan pelbagai skill yg ada utk menarik minat mrk. Selain itu, doa2 pelembut hati dititipkan spy anaka2 mudah menerima nya. InsyaAllah.
al fatihah...
ReplyDeleteanak2 akak comel2 semuanya. ;)