Tuesday, 31 August 2010

Ikan 'curly', anyone..?!

Salam Ramadhan.

Yupp, kini sudah tiba 10 hari terakhir Ramadhan Almubarak. Kita pencinta bulan yg berkat ini dalam diam meratap dikala melipatganda ibadah menyembah Tuhan sekelian alam. Kita bakal menjadi perindu kpd saat2 manis Ramadhan. Tiada lain yg lebih memberi ketenangan diri selain sujud beribadah dan memohon keampunan dariNya. Aktiviti tadarrus juga sptmana tradisi masyarakat melayu sheffield tetap berlangsung dgn jayanya.

Menjelang Aidilfitri ini, suasana di sini seperti sedia kala shj. Usah lah dibandingkan dgn tanahair. Amat berbeza. Pakaian raya ialah baju kurung yg dipakai setiap kali raya sejak 2007. Manakala utk anak2 pula, hanya sekali bertukar. Kuih raya? Adalah dua jenis. Cukup membanggakan:) honestly tiada homemade raya cookies dihidang di rumah sblm tiba di UK ni. Tiba disini, alhmadulillah, dpt juga gagahkan diri bikin biskut raya yg mudah2. Begitu juga juadah di pagi raya. InsyAllah, akan ada lontong, sayur lodeh(selera hubby), kuah kacang (style saya), lemang dan rendang (tanpa daun kunyit..huhu). Memandangkan tiada perlatan khusus utk menyediakan juadah tradisional ini, maka pandai2 lah kami menjd McGyver ..yg penting rasa dan rupa tak jauh beza..Sblm ini, tak pernah ada juadah sedemikian daripada hasil tgn sendiri. So, balik nanti dah tak risau krn keadaan di perantauan ini memaksa saya belajar dan akhirnya PANDAI juga membuatnya . ahakkss. Menukar perhiasan rumah serta menghias rumah serba baru ialah suatu hal yg langsung tak perlu difikirkan..! Bagi saya, cukup lah mengemas apa yang patut. Teringat dulu2, sibuk menghias rumah dgn menggantung kad2 raya..hehe.

Apa apa pun Ramadhan masih perlu dimanfaatkan. Waktu berbuka sudahpun beranjak lbh cepat iaitu ke jam 8pm hari ini. Anak2 nampaknya sudah biasa dgn puasa long hours ni. Rajin juga mrk menjenguk ke dapur ketika sy menyediakan juadah, terutamanya yg sulong itu. Semalam, beliau masuk ke dapur dan bertanya:

Azrai: Mama, what are you cooking ?
mama: Ikan keli.
Azrai: So, it becomes curly when you cook it?
Mama: Naper plakk curly?
Azrai: (Terus bertanya dgn konpius nyer) So, why do you call it ikan 'curly'..?
Mama: ???? loorr, bukan ikan c.u.r.l.y It is ikan K.E.L.I.. (tergelak sakan ..dlm hati)

Haii..anak oh anak. Nak tergelak, tp tak boleh krn dia tak rasa kelakar pon. selamber sj mukanya ..

Ada juga hari2 nya kami berbuka di rumah kawan, atas jemputan ataupon bila ada majlis berbuka puasa beramai2. Kadang2 kami menjeput rkn2 dtg berbuka di rumah. Dapat juga membangkitkan rasa meriah tatkala berbuka. Diikuti dgn solat terawih. Pendedahan ini amat bagus utk anak2 terutamanya spy mrk terbiasa dgn suasana bulan ramadhan. Saya juga amat berharap agar ia dpt menanam kerinduan anak2 saya utk bertemu bulan Ramdhan yang akan datang.

Sekian utk entry kali ini. Sama2 lah kita mengejar waktu utk melipatgandakan pahala di bulan mulia ini.

Till we meet again , see you soon, very very soon.

No comments:

Post a Comment