Salam Ramdhan to all.
Hari rabu ..dah 8 hari berpuasa. Inikah Ramadhan terakhir kami di perantauan? harap2nya begitulah. Sahur seperti pg tadi bermula 3.15am. Dua org anak bujang turut bersahur. Ttp, adakalanya mrk request utk tidak dikejutkan sahur..Terpulanglah, mungkin terlalu kenyang semasa berbuka. Walaubagaimanapon, kami galakkan sgt mrk bersahur, atas alasan mrk harus juga bangun solat subuh berjemaah. Menu sahur se simple yg mungkin. My hubby prefer sayur air + ikan kering + sedkt kuih or kurma.
Terasa juga berpuasa di sini in term of 'suasana' bulan Ramadhan tu. Jika di Malaysia tentulah ada program mengimarahkan Ramadhan. Lain2nya ialah Bazaar ramadhan serta bermain bunga api..! My kids rindukan bunga api, bukan mercun tau. Walaupon kat sini ada Bonfire Nite, tp, tak lah terlalu seronok krn hanya sekadar menonton shj. Baju2 raya pula tentulah recycle daripada tahun2 seblm ini. Nasib baiklah masih muat. Hanya ayahnya shj yg bersampin bersongkok, anak2 cuma pakai baju Melayu. Ok lah tu. Si kecil pula bakal menyarung baju kurung baru yg dikirim melalui kawan yg pulang bercuti bbrp bulan lps.
Setelah dipersetujui olh kami berdua :), menu berbuka hari ini will be nasik lemak. Semalam, beliau pulang bersama se pack sotong dan juga ikan masin mackerel. Harap2nya dpt lah kami merasa nasik lemak sambal sotong. Sy juga bercdg menyediakn kueteaw goreng basah. Maknanya tiada kuih muih hari ni. Bun banana-coklat masih berbaki bbrpa bijik. Cukup lah tu. Selalunya begitulah menu berbuka kami sedari hari pertama lagi. Tiada pembaziran. Hmmm..elok juga yer tiada bazaar ramadhan nih :)
Akhir2 ini, cuaca seakan mula sejuk.. Dah nak masuk autumn ke nih? Tp still 15C.Sebelah pagi biasanya sedikit angin kencang + hujan. Heater mula dipsg esp di waktu mlm. Cuaca mendung menjangkau ke pagi. Menjelang petang baru lah matahari mula memanaskan bumi Crookes ni. Haii..itu lah yg membuatkan sy serba salah utk keluar menyidai basuhan.
Ohhh matahari sudah bersinar ni.! Elok sgt sy mengeringkan basuhan semlm. Till we meet again, see you soon very2 soon.
sejak ade sle ni klu nk kua time2 panas mcm takut2 je. kalau boleh mmg nk elakkan. tp kulit ttp hitam gak. hehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete