Salam Ramadhan;
Alhamdulillah, dah pon ri isnin, 6 Ramadhan 1431H. Pengalaman berpuasa di rantauan yg bakal menjd kenangan. It is not as bad as we thought. When I asked my kids, how do you feel fasting 17hrs straight? They said, 'we're just fine.' But the English friends said that we never be able to finish it completely'. So, I said, 'now you know that we can do anything if we want to'.
Lamanya saya tidak menyambung rungkaian memori silam sewaktu berperang dgn penyakit Lupus. Maksud saya, sekian byk entries lately berkisar tentang kehidupan sekarang. Ok, kali ini saya akan back to the old time..
Lokasi: Kampus Skudai. Bandar JB. 17 yrs ago.
Sesi kemo yang seterusnya berjalan setiap 3 bulan. Maka, apabila tiba hari Jumaat itu, pagi2 lg sy keluar ke bus stop, stop at the hospt,n then berjln menuju ke Heamodialisis Centre. Di situ lah sy sabar menjlni kemo dan tamat slps 6jam. Sepanjang tempoh itu, badan sy ok jer. Masa last2 tu rasa dah lalok dan ngantuk.Yg sakit pulak biler di cucuk jarum(IV) sebyk 2 jarum di bahgian tgn utk 2 liquid masuk. Sakit krn kdg2 kedudukan jarum sepjg 2cm tu di bwh kulit selama 6 jam menyebbkan sy terpaksa mengawal pergerakan tgn. Suasana bilik rawatan sgt lah sejuknyer, sampaikan sy menggigil. Sy fikir ianya utk mengawal suhu mesin dialisis(pesakit lain) dan darah yg keluar masuk ke badan kami serta suhu bdan pesakit sendiri. Satu yg saya tak tahan a'bila sampai masa ke toilet, terpaksa la membawa bersama ubat drip tu (botol yg disangkut). Sesungguhnya, sy fikir saat itulah yg amat menguji tahap kesabaran saya. Alhamdulillah, telah selesai dan selamat melaluinya sebyk 10 kali dlm masa 2 tahun.
Hair loss ialah perkara yg biasa terjd pd pesakit yg menjalani kemo. Ada juga kwn2 yg bertanya kemana hilangnya rambut sy,..maka sy ceritakan ttg ubatan yg sy ambil tanpa menyebut perkataan 'kemo'. Rambut yg tinggal 'sejemput' tu tentulah membuatkan sy risau :) so, sy ambil keputusan utk memotong nya , kasi adjust lah sikit. Kalau tak,ia kelihatan spt di gigit tikus ..!! Situasi itu disbbkan olh reaction drugs trhdp badan. Lama kelamaan, selepas kemo ke 7, rambut sy mula tumbuh dan kelihatan spt biasa.
Doktor juga menasihatkan saya spy jgn mengandung dlm tempoh 2 tahun selepas rawatan kemo. Itu langsung tak jadik masalah kerana saya sendri masih single ketika itu :)) Lain2 hal, tidak ada yg serius kecuali sentiasa hadir semasa hari follow up dan makan ubat. Aktiviti kelas kuliah n tutorial serta labworks sy jalankan spt biasa. Malah, saya rasakan diri ini spt siswi yg lain juga, tak dek kurang atau lebih. Cuma, yg sy ingat saya harus mengawal emosi spy tidak terjebak dlm situasi yg rumit yg mana boleh akibatkan stress. Sy mintak maaf ketika itu sy sengaja mengasingkan diri dari kelompok kawan2 biasa. Kita lbh memahami apa yg kita mahukan, jd, sy byk bergerak secara independently. Matlamat saya ketika itu ialah, tenangkan fikiran dan fokuskan pada study disamping meneruskan rawatan. Hanya beberapa kwn rapat yg boleh memahami keadaan saya, dan pd mrk lah sy mengadu apabila perlu.
Dear friends,
spt sy jelaskan dlm entry sblm ini, stress yg berlebihan boleh mendtgkan kesan buruk kepd sy. Akhir2 ini, sudah ramai yg aware ttg isu stress dlm kehidupan seharian. Cuma yg tak sedap nya, ada juga notti people yg sengaja menjadikan term 'stress' itu sendiri sbg bhn lawak dlm perbualan mrk. Jaga2..anda belum kena penangan stress, dan ketika itu barulah anda tahu bhw adakah sepatutnya 'stress' itu diambil sebagai 'amaran' dan 'tindakan' atau 'gurauan'.
Till we meet again, see you soon, very very soon.Selamat berpuasa, tingkatkan kesabaran.
betul3!! kalau x stress normal je kan. bila stress dtg mula lah nak sakit2.
ReplyDelete