Salam
Beberpa bulan pertama kami di Sheffield, setiap satu pence perbelanjaan dikeluarkan berhati hati. Pertama, kerana risau duit kehabiasan sblm tiba elaun berikutnya (setiap 3 bln). Kedua, krn still blur cara berbelanja di sini. Saya masih ingat, untuk mengawal perbelanjaan, suami sering membelikan ikan besar yg dipotong kecil2. Dibeli dikedai muslim, dlm keadaan frozen. Byk tulangnya. Apabila berbual dgn rakan2 lain, mrk mengatakan tdk pernah makan ikan tersebut..hahar. sbnrnya ikan tu murah sgt, nak save budget, sbb tu ikan tu jdk pilihan.
Bhn mentah not bad di sini, malah lbh fresh dan healthy. Ayam merupakan lauk utama krn sgt murah. Ikan serta seafood dikelaskan mahal. Saya suka sayuran di sini, karot boleh dimakan begitu shj, begitu berbagai jenis salad.
Setiap hari aktviti utama ialah memasak. Bekalan gas sentiasa ada, maka saya mula bereksperimen dgn resepi pelbagai jenis makanan. Sememangnya saya suka memasak. Tidak mengatakan pandai memasak, ttp suka mencuba resepi2. Maka, byk lah pengalaman di dapur. Byk yg sy ketahui dan pelajari. Salah satu yg sy ketahui ialah,'' saya memang boleh memasak '' .
Sering kali saya suapkan ketiga anak anak saya selepas sekolah. tentulah kelaparan setelah seharian di sekolah dlm keadaan sejuk mcm ni. Bila dah disuap, mrk makan lebih sampai kenyang. Saya tidak perlu risau dah apabila anak2 kenyang dan sihat. Insyaallah, kesihatan mereka juga terjamin.
Setelah beberapa bulan, baru lah dpt menyesuaikan diri dgn keadaan di sini. dah tahu mana satu kedai yang murah. Mungkin secara kasar kehidupan kami dianggap mewah dibandingkan kehidupan di Msia, tetapi sebenarnya itu sudah standard kehidupan di sini. Jadi, kami mengikut shj.
Masalah kewangan sentiasa ada, maklumlah, hanya mengharapkan elaun sahaja. Namun, seboleh2 nya kehidupan tetap diteruskan untuk berlaku adil kepada anak anak. Mereka telah berkorban dan terpaksa menjalani kehidupan serba baru dan asing di sini. Saya tidak mahu anak anak ketinggalan dlm menjalani alam kanak kanak normal spt rakan2 mrk yg lain.
Sehingga kini, saya sudah mempelajari beberapa menu Barat. Selera anak anak nampknya lebih menjurus kpd western food. Mereka juga byk mengetahui perihal makanan barat. Seronok juga krn disini bahan2 nya bole didapati dgn harga yang murah.
Dgn menyibukkan diri dgn urusan rumahtangga, maka dpt lah sy menghiburkan diri. Sejujurnya, diri saya alah dgn cuaca ekstrim di sini. Hanya Allah yg mengtahui sukarnya sy menyesuaikan diri dgn cuaca dan waktu di sini. Bulan oktober cuaca mulai sejuk sehinggalah ke bulan April. Bayangkan lah..
Setakat ini dulu, berbicara lg di lain entri
See you soon, very very soon.
No comments:
Post a Comment