Tuesday, 8 March 2011

Sejuk Suam.

Salam all

Tulip sudah berbunga, daffodil pun sudah. Matahari memancar mancar pada suhu di bawah 10 degree. Melintas di belakang rumah jiran, aroma bbq terhidu. Menjelang petang, anak anak muda pelajar di kejiranan kami seronok berkumpul dan berborak sambil menikmati cuaca indah.

Apabila anak anak pulang dari sekolah hari ini, saya menjangkakan ada yang merengek lagi. Ingin dibawa ke park (taman permainan) berhampiran. Jika ia berlaku lagi hari ini, bermakna tiga hari berturut turut saya dan dia akan berjalan ke sana. Dia, si manja ku sayang .

Sungguh kini saya faham mengapa apabila musim berubah; terutamanya spring dan summer; serta merta fikiran ceria dan segalanya bersemangat. Seakan mendapat momentum yang terhebat setelah tergendala di rumah sepanjang winter. Momentum ini jelas kelihatan daripada perubahan gaya penampilan. Bebas tanpa jaket bulu yang tebal dengan warna kusam;hitam atau kelabu. Momentum ini juga jelas terlihat pada aktiviti harian; berjalan menyusur keluar dari rumah ke tempat tempat terbuka. Di taman taman; anak anak muda bersantai dengan 'terbuka'. Anak anak kecil pula berlari larian dan berharap petang tak akan berganti malam. Pada hujung minggu pula, aktiviti luar bermula seawal 6 pagi, ketika matahari memancar masuk ke tingkap bilik. Melepaskan kebosanan, tapak 'car boot sale' menjadi pilihan utama mencari barang barang bernilai sebagai koleksi.

Disebabkan semua ini tidak dapat dilakukan sewaktu winter; maka ketika musim bunga ini dan musim panas lah penduduk di sini melepaskan 'momentum' itu. Dan ia amat menyeronokkan.

Sesekali terlintas di fikiran, adakah saya ingin terus merasai momentum indah ini sedikit masa lagi? ataupun adakah saya lebih gembira dengan cuaca panas malar sepanjang tahun yang tiada memberikan apa apa momentum serupa?

Ahhh.
Sememangnya saya bersetuju dengan satu ini: hujan batu di negeri sendiri...


Till we meet again, see you soon. very very soon.

No comments:

Post a Comment