Wednesday, 30 March 2011

Netball is Me.

Salam all Mendung lak hari ni selepas panas berhari hari. Ini alamatnyer hujan bakal turun jap g. Wiken yg lps merupakan yg terindah. At almost-37 , sy turun semula ke netball court. Kali ini mewakili team ibu2 berentap ngan adik2 pelajar di sini. Mereka ni mewakili team univ..Uhh... Ramai ibu2 yg geleng kepala dgn plan ini pd awalnya. Tetapi tidak pada kami iaitu ibu2 yg berani menyahut cabaran dan tekad menunjukan kehandalan masing2 HAHAR. Akhirnya, kami turun berlapan. Mmg hampir2 cancel! Pd saya pula, ..anytime! Im willing to. Dah le lame benor x pegang bola. Sejak kejadian patah siku tahun lps. Hurmm..ada juga main friendly dgn team ibu2 Cranfield slps sebulan operation, tp tu cuma 1 game jer. Satu lagi team ialah dari pelajar2 Brunei Darusalam. Bermakna 2 kali game wajib dihabiskan. Sepanjng perlawanan, saya mencuba yg terdaya. Tanpa latihan & persiapan, sy turun sbg 'Centre' berbekalkan ajaran guru zaman sekolah dahulu. Aduhh lama betul, ini betul2 pemain antik. ALah, belasah jer lahh. Rupa2nya, byk rules dah jauh berbeza. Bermakna, byk yg tdk diketahui. Patutlah kami nmpk cara adik2 ni bermain pelik sedkt berbanding style team ibu2 bermain. hadoiii. Apa2 pun, saya rs puas. Sgt puas , ibarat terlepas sudah dendam di dada. Netball ialah sukan saya. Saya minat sgt. Bila berada di padang, honestly, I always try to give my best. Pandai bermain? Tidak, saya tidak pandai bermain netball. Pemain hebat? Pun bukan, mmg sy bukan pemain yg hebat. Cuma saya ada minat yg tinggi thdp sukan ini. Saya fikir, suatu perkara yg kita sgt suka jika dilakukan dgn bersungguh2 akan menjadi terapi kpd kita. Sy rasa itu lah jwpn yg paling tepat jika ada yg pelik + hairan dgn 'kesukaan' thdp netball. Sblm hari match, byk kali org bertanya (or menempelak?) saya..'' Ehh kan tgn pernah injured sampai patah ms main netball dulu, masih nak main lagi?? Tak serik? Tak takut'' Ada segelintir rakan yg bertanya begitu. Pelik bg mereka. Saya pula, berasa pelik dgn pertanyaan yg keluar dari mulut mereka ini. Untuk makluman semua, ya, benar . Tgn sy injured, patah, dan menjalani operation utk dimasukkan besi. Tetapi, kini semuanya kembali normal. Saya tidak cacat spt yg anda harapkan. Tidak ada manusia yg menganggap kejadian sedemikian akan membunuh kecintaan mereka thdp satu2 perkara. Tidak , pda saya! Ahhh...mereka tak pernah hiraukan itu semua. Seperti biasa, manusia mudah jump to the conclusion dan membuat andaian sendiri. Haiiii laahh. Sehari selpas netball match pula, sy menghadiri temujanji dgn konsultan Lupus di Renal Clinic, Northen G Hosp. Kali ini sy maklumkan yg sy akan kembali ke tanahair for good therefore sy perlukan salinan rawatn spjg sy di sini sbg referral kpd konsultan di Malaysia. Dgn mudah, beliau berjanji akan menghantar by post clinical report ke rumah. Waaoow. Sgt mudah. No hassle. Jauh berbeza dibandingkan di Msia. Dos steroid diturunkan ke 1mg bermula hari ini. Dos yg paling rendah semenjak 18 tahun yg lepas. Jika semuanya ok, maka saya akan bercerai sgn steroid ini buat selama2nya. Waaaaaahh...Rasa ingin tahu membuak2. Ingin tahu bagaimanakah rasanya hidup ini tanpa perlu menelan ubat setiap hari :))) Wish me luck! Hari ini, ''tracking down to the memories'' current events hehe. Insyaallah, lain kali kita sambung lagi :) See you soon very2 soon. Take care.

No comments:

Post a Comment