Friday, 11 March 2011

Bus 10A

Salam all

Hari ini, jam 2 pagi saya sudah celik. Sememangnya saya harus bangun. Tempoh tidur mesti 7 jam, tidak kurang daripada itu.
Tetapi..malas, berat..
Akhirnya 3.50pagi baru lah segar untuk ke bilik air.

Semalamnya jam 7malam saya sudah masuk tidur..!!! Pengakuan ikhlas ni.

Pada siang semalam, selesai bertugas membanting tulang empat kerat, saya ke Tesco Infirmary Road. Impian perlu dilunaskan; menyediakan puding kastad jagung.

Dengan membawa 2 tin susu cair, 500ml santan, 300g tepung kastad, 500 g gula perang dan se pack bun, maka saya keluar ke bus stop 10A untuk pulang ke School Road. oh ya, dengan beg sandang yg berkerincing, dengan bunyi duit syiling menari nari di dalamnya. Namun menurut seorang yang sedang menunggu bus di situ, bus 10A baru sahaja pergi.

Tiada jalan lain kecuali menapak balik mendaki bukit ke rumah memandangkan bus 10A hanya setiap 1 jam.

Beberapa kali saya berhenti melepaskan lelah. Cuaca agak panas kpd saya yang mengenakan long coat. Hampir pitam dibuatnya melalui perjalanan yang sarat ini, sejauh 1.3 miles. Jika berkereta mengambil masa 5 min. Akhirnya setelah 40minit berjalan kaki, saya sampai di rumah dengan rasa syukur. Penatnya tidak terbayang. Lain lah jika berjalan berlenggang.

Selalunya saya berjalan tanpa muatan berat. Biasa sangat dengan laluan ini, cuma kali ini waktu tidak sesuai dengan jadual bus.

Setelah selesai membersihkan diri, saya mulakan acara masak memasak.

Puding kastad disejukkan di dalam peti ais.

Maafkan mama kerana masuk tidur awal hari ini.

Bangun pagi ini, puding kastad saya sudah sedia dimakan. Hilang sudah penat itu.

See you soon , very very soon.

No comments:

Post a Comment