salam to all.
Balik dari kerja jam 5pm(kekadg lambat), bergegas ke nursery utk amik anak anak. Kemudian ke rumah jiran satu taman perumahan untuk ambik yg sulong. Memandangkan beliau sudah bersekolah tahun 1, maka menumpang sekejap di rumah jiran sblm ke sekolah agama di sebelah petang (2-3.30pm). Sampai di rumah, tanpa berlengah solat Asar dan terus ke dapur menyediakan makan malam. Dalam pd itu , sempat membancuh teh utk minum petang dan goreng pisang yg dibeli di gerai tepi jalan. Dalam terkocoh kocoh memasak, tugas menjaga anak kecil diserahkan pd ayahnya. Namun biasanya bertahan sehingga jam 6pm shj, dgn alasan ke palyground melihat anak2 lelakinya bermain di sana. Dan ayahnya join main jugak, bola tampar bersama bapak2 yang lain.
Hampir jam 6.45pm, maka siap jugak makan malam. Siapkan anak kecik setelah seharian di nursery. Jika berpeluang, masa itu lah digunakan utk menjenguk(meeting seberang pagar) dgn jiran sekeliling rumah :) Nanti di kata anti sosail pula jika tidak bertegur sapa dan tak amik tahu hal sekeliling. Hampir maghrib, barulah nampak muka anak2 dan ayahnya. Mula lah sibuk berebut bilik air..
Sebelah malam pula selesai mengaji, anak2 kena duduk menyelesaikan kerjarumah mereka. Anak yg tahun satu tu, homeworknya boleh tahan. Sampaikan mamanya tak larat nak tunggu. Tak tunggu nanti alamaknya tak siap ler..Ayahnya mula meragam nak kuar lagi (menge teh), ..cepat2 kena cantas. Mana bole jadik kan..Tp kdg2 terlepas jugaa.
Pagi esoknya, pukul 6.30am anak yg sulong dah siap bersarapan. Jam 7 harus bersiap sedia dan cek buku sekolah dan jadual waktu. Kemudian, siapkan yang dua orang untuk ke nursery dan apa2 yang perlu dibekalkan ke nursery. Sarapan kami pula di mana2 gerai or restoran on da way to opis. Makan tghr juga hasil tgn pakcik makcik gerai. Senangnya hidup..
Begitu la aturcara harian..di Malaysia.
Di sini pula, anak2 sdg bercuti sekolah ni. Asyik kuar main bersama jiran sebelah(Korean) or di dpn kompt. Slot mengaji selepas ayahnya pulang dari Uni. Maknya pula setiap hari memikirkan apa menu hari ni. Ketika itu lah, saya membayangkan gerai2 yang tersedia di tepi jalan itu. Menghitung hari, lambat lagi ke ayahnya siapkan kerja belajar nih ? Tak lama lagi musim bertukar sejuk. Summer beralih ke Autumn ke Winter. Arghhh.Dugaan hebat menanti waktu Winter.
Shbt2 ku;
Itulah putaran hidup saya. Tidak lepas dari kenormalan sahabat2 di sini yang merantau di negara orang. Apa yang kami alami sekarang tidak pernah terbayang di fikiran sehingga sampai di sini. Nak kata tak suka, tentu lah suka kan (in term of kenal tmpt org). Nak kata suka sgt tu, tidak juga,,(byk perkara yg perlu diadaptasi bg kita org Asia) Anak2 kejap2 ada juga merengek nak balik Malaysia. Hmm.. miss my bike katanya. Mereka juga masih ingat bbrapa perkara yg mrk tinggalkan, cthnya rumah kami, sekolah, cikgu tadika dan kwn2 mrk.
Apa yang dpt dikatakan ialah pengalaman ini akan menjadi sesuatu yang dirindui suatu hari nanti. Baik anak2 dan ayahibunya, semua yang kami 'dapat' di sini akan diambil pengajaran dan dimanfaatkan.
Till we meet again, see you soon. very2 soon.
sweet....
ReplyDelete;)
assalammualaikum...
ReplyDeleteRindulah masa duduk kat Sheffield dulu thn 2001-2005.....tapi bila dah balik malaysia ni kerjee nya dr pg hingga mlm kerja tak habis2 tapi nasib baik ada makcik geraikan...
tapi ada yg bagus juga duduk di uk ni.. dr tak reti msk kira sekarang ni pandailah msk....
selamat berjuang demi masa depan....:)
lin;
ReplyDeletetq :P
walaikumsalam puan.
ReplyDeletesetuju sgt dlm bab pandai masak tu ..oppss, tak der reti sgt sy ni msk kat cni, but at least sampai sini dpt pulak buat laksam, nasik dagang n baru2 ni buat sate. hihik..terpaksa kan.
puan tentu fhm kan suasana merantau dinegara org, ternyata pengalaman itu lah yg mengikat kerinduan pd Sheffield ni.
terima kasih sudi singgah ke blog ini, tq..