Salam to all
Adakalanya hari yang tiba disambut dgn resah, gelisah dan terbelah. Hari ini saya merasaan di lari kan dari ketenangan, jauh dari kebiasaan. Rasa resah datang nya akibat sesuatu yg kita tunggu..yg belum tentu kepastiannya. Juga daripada sesuatu bahaya yang sedang dihadapi dan diharungi, tetapi belum tentu kejayaannya. Perasaan gelisah ialah suatu proses yang mesti dilalui, dan kerana itulah manusia dikurniakan sifat sabar dan bertenang. Cuma, pada ketika ketika nya, hambaNya tidak mampu mencapai tahap sabar itu, melainkan oleh jiwa yang cekal. Jiwa yang cekal pula bukanlah anugerah, sebaliknya dibajai dgn amalan suci dan memohon kpdNya.
Agar hati kita tidak mati pada siang dan malam, maka bacalah dua ayat terakhir Surah al-Isra’ setiap pagi dan petang seperti diriwayatkan dalam hadis al-Dailami. Bukankah wirid ini mengajar kita betapa penting menjaga hati agar tetap terang di bawah sinaran Allah?
Untuk menjaga kesihatan kita, Rasulullah mengajar wirid untuk dibaca pada pagi dan petang tiga kali yang bunyinya Allahumma ‘afini fi badani, allahumma ‘afini fi sam’i, allahumma ‘afini fi bashari la ilaha illa anta. (Ya Allah sihatkanlah badan, pendengaran dan penglihatanku. Tiada Tuhan selain Engkau. (Hadis riwayat Abu Daud) Bukankah dengan wirid ini kita akan sentiasa mendapat kesihatan dari Allah?
Kuasa amalan zikir akan memantapkan lagi ketenangan jiwa..InsyAllah. Memohon agar terus diselubungi rasa tenang dan hati yang terang.
“Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’du: 28)
Till we meet again, see you soon..vey very soon.
Take care.
No comments:
Post a Comment