Tuesday, 3 May 2011

Mal*sss kah aku ?

Salam

Hari demi hari macam payah bebenor nak mula packing yg sebetul2 nya. Hhehe sy rs dah molek sgt sekiranya luggage yg berisi penuh tersusun atur , tunggu masa utk diangkut ke airport. Tapi, apa bende yg menghalang saya ni?? Mal*sss?

Sebelum ini, cuaca yg sejuk dan kelam dijadikan alasan. Now, mentari semakin galak menyinar, pon tak mampu menggerakkan anggota tubuh badan mengemas dan 'spring cleaning' seluruh rumah. Agaknya sebb tiada kwn yg sudi temankan saya menyiapkan semua tu...haiiii la.

Saya juga cuba membayangkan situasi yang bakal dilalui saat ketika tiba di tanah air nanti. Honestly : i have no idea!

Cuaca? Tentu la panass. Tapi, panas yg bagaimana tu ? Sesungguhnya sy sudah lupa rasa bahang panas khatulistiwa. Panas yg teramat panas, kata teman yg baru pulang bercuti ke tanahair..

Harga barang2 semuanya mahal sekrg di Malaysia. Duit keluar umpama air terjun tanpa henti. Wahh!! Sungguh menyeramkan bunyinya. Peralatan anak2 sekolah melambung, makanan di restoren juga mahal2 belaka. Saya mencongak2, dgn anak 3 org ini tentu byk juga berabis sebgai persiapan memasuki sekolah nanti.

Akhirnya, keluar juga kisah rungutan teman2 yg pulang for good tentang urusan2 di pejabat2 pos, bank dsbg yg mn tidak se efficient spt di sini. Byk betul kerenahnya disamping waktu menunggu yg lama. Sy fikir, ini telah lama berlaku, cuma sesiapa yg telah lama tdk pulang ke sana; perkara ini tentu shj merimaskan.

Ini lah perbezaan ketara antara 2 buah negara. Negara maju dan negara membangun (betul ke). Sbg rakyat , sy harus akur dgn arus tradisi tempat dimana sy tinggal. Mana yg baik akan dijadikan teladan, tak pasti lah samada bole dipraktikkan atau tidak. Kita cuba dulu...

Till we meet again, see you soon..very2 soon. Take care!

No comments:

Post a Comment