Thursday, 28 April 2011

KeIndahan Kurniaan & Takdir Allah.

Salam

Kejap jer dah sampai penghujung April. Cuaca minggu ini kejap panas, kejap hujan. Malah pd hari royal wedding esok hingga ke Ahad, dijangka akan hujan. Ahad ini pula dikatakan hailstorm kembali lagi. waaaa..
Cerita disebalik hailstorm ini sungguh tragis. Pd hari kejadian, km tiada di rumah daripd jam 10.30 pagi sehingga 8mlm.. Pd sebelah petangnya waktu pulang, sesampai di kwsn rumah, terkejut melihat bukan shj dedaun hijau pokok2 sekitar rumah yg tergugur, malahan pokok2 tulip kami habis terkulai ke tanah. Halaman jiran kami yg terkenal dgn bunga bungaan cantik di waktu spring juga musnah. Pheww ....nasib baik km tiada di rumah, tentu panic juga dibuatnya. Apa2 pun, itulah kejadian alam yg Allah ciptakan. Butiran ais yg berbaki dihdpn rumah menjd saksi bahawa tiada siapa sangka di hari panas terik, tiba2 Allah turunkan hujan air batu ais siap dgn ributnya sekali. Seketika kemudian, cuaca kembali terik...

Yasmin begitu sedih melihat tulip yg musnah. Ye lah, rajin juga beliau menyiram pokok2 ini setiap pagi. Sebelum tidur hari itu, beliau bertanya ..'' Is it tomorrow we can get back our tulips..?'' Alahai anak mama, sayu sungguh rasanya. Jd sy terangkan pdnya, bla bla bla.. Hrp2 nya dia fhm bhw, setiap yg hidup itu pasti akan berakhir...



Akibat ribut hujan ais. Bukti yang nyata.

Esok, 11.50am akan berlangsung sejarah royal wedding di Britain. Semua tentu lah teruja sbb bukan selalu majlis spt ini. Maka, hujung minggu ini cuti bertambah panjang hingga ke May Bank Holiday. Yeyaaa.

Di akhir2 waktu berada di Britain ini sy cuba meluangkan masa dgn suatu yg bernilai. Bersiar2 ke tpt2 indah adalah salah satu nya. Maka, hujung minggu lepas sy berpeluang mengunjungi Clumber Gardens di Nottingham, Bakewell di Derbyshire dan Buxton. Foto2 nya pula sy abadikan di dlm fb spy senang membeleknya suatu hari nanti di Malaysia. Precious moment...Memang terasa keseronokannya krn sy amat menikmati kejadian alam yg terpelihara dan dijaga rapi. Bayangkan , memasuki hutan dan park yg luas itu, terhampar di depan mata deretan ratusan kereta yg mencuri masa lari daripada suasana sibuk dan mereka bebas beraktiviti di tempt yg indah ini. Saya fikir, ini lah manfaat yg diperolehi oleh penduduk di sini di sebalik preservation hutan yg dilaksanakan olh pihak berwajib. Sekurang2 nya penduduk diberi pilihan utk menikmati dan menghargai alam semulajadi.



This is Clumber Garden. Taman yg amat indah. my second boy as always look grumpy biler org nak snap gambo dia..so we let him to take over as photographer. baru nampak senyum.



masa ni dah nak balik. look at the sky. tetiba awan mendung menutupi mentari. nmpk alur sinar mentari mencuri keluar menerusi awan mendung. i think pd waktu yg sama, ribut hujan batu melanda area rumah kami.




Hari minggu yang panjang ini sy bercdg utk menjemput seorg adik pelajar di sini. Sebetulnya beliau ialah anak angkat kami, namun hakikatnya kami tdk pernah berbual. haiii maklumlah, masing2 sibuk, adik ini pula malu2 hendak ke rumah km walau sudah puas dijemput dtg. Terkini, km diberitahu beliau baru disahkan mengidap sejenis kanser dan telah pun menjalani 2 session kemo. YA Allah... Itulah takdir Allah, mengurniakan kami dgn seorg lagi penyakit kanser. Walauapapun, berita tersebut membuatkan sy semakin ingin bertemu dan berbual2 dgn nya.#


Seorang kawan yg mengetahui akan hal ini, dan berkata..'' laaaa, seorg lagi pesakit kanser. tapi kan, bukan lah sebab akak sebagai 'mak angkat' nya yg menyebabkan dia sakit kanser kan..''

Astaghfirullah..ada jugak manusia yg berfikiran demikian. Kadang2 kala disebabkan dilahirkan sihat tubuh badan dan normal, maka menyebabkan sesetengah manusia gagal berfikiran waras dalam suatu aspek. Lemahnya manusia disebalik kenikmatan yg Allah berikan pdnya...

Pada sy pula, sy melihat semua ini hikmah daripada takdir yg Allah turunkan ... Dgn mengenali beliau yg senasib dan melalui pengalaman kemo, spy dgn itu saya dpt memberi semangat dan dorongan pada beliau. Akan sy katakan pd beliau bhw ini bukan penghalang kita mendapat kehidupan yg berkualiti seperti org lain. Dan sy bersyukur kerana Sesungguhnya Dia telah memakbulkan permintaan saya agar sy terus dpt berkongsi rasa dgn golongan senasib. InsyAllah.

See you soon.very very soon....

1 comment:

  1. hanya org yag dah melalui' getir sakit' yang tahu perasaannya. maka ..sec kebetulan adik tu jadik anak angkat akak. Allah bagi dia ibu yang akan bagi pedoman dan kekuatan.take care...

    ReplyDelete