Salam
Kurang 2 minggu kami akan meninggalkan tmpt ini. Di mata saya sekarang terbayang2 suasana tanahair yg ditinggalkan labih 3 tahun dahulu.
Saya pastinya tidak akan melupakan kenangan hidup di England. Sampai bila bila pun pasti akan terpahat di ingatan kami sekeluarga. Banyak foto yang kami abadikan menyedari entah bila pula kami akan ke mari.
Pengalaman berpindah rumah sebanyak 3 kali, jatuh terjelepok ketika jalan berais selepas snow, menanti nanti2 kedatangan spring dan summer yg paling indah, bersiar2 sekitar England dan Europe, admit ke Hosptial dan menjalani pembedahan tangan merupakan antara kenangan istimewa. Tidak lupa adegan memanjat pagar utama Kingston Garden di London dalam perjalanan ke Malaysian Student Department di waktu keadaan gelap gelita..sungguh mencuit hati!!
Saya cukup berterima kasih kpd sahabat2 yang telah seikhlas hati membantu kami, ketika kami memerlukan. Hanya Allah yang membalasnya dan saya berdoa agar setinggi ganjaran pahala untuk mereka. Amiin.
Apabila tinggal berjauhan dari keluarga, menjalin semangat setiakawan di antara kelompok masyarakat sebangsa sangat penting. Dan kita perlu juga berhati hati bimbang berlaku suatu yang tidak diingini memandangkan kita baru sahaja berkenalan di sini. Saya pasti yg baik baik saja yang di ingini, justeru kita sendiri harus sentiasa berwaspada akan tingkah laku kita. Kelompok ini juga akan membantu kita waktu susah dan mereka juga akan menghiburkan hati kita.
Ibarat kata pepatah, musuh jgn sesekali dicari. Bersahabat tu biar seribu. Namun hati orang lain lain, walau semanis mana pun mulut menabur kata; kadangkala tanpa sedar berlaku peristiwa melukai perasaan yang lain.
Di dunia ini ada banyak jenis kawan;
1. Yang menabur budi, tetapi sering berkias untuk menuntut balasan dan mengungkit2 serta tidak suka jika kita lebih hebat darinya.
2. Yang berniat 'ada udang di sebalik mi'. Setelah mendapat apa yang dihajati, maka tiada lagi kemesraan berkawan.
3. Yang manis mulutnya di hadapan kita, tetapi bertindak seperti penyembur racun dgn berkongsi segala apa yang diketahui mengenai diri kita kepada orang2 lain yang tidak sepatutnya.
4. Yang sentiasa mengalu alukan kita dengan penuh gelak ketawa, tetapi sebenrnya tidak sepenuh hati dan berdolak dalik apabila kita kembali kepadanya suatu masa yang lain.
5. Yang memandang rendah kepada kita di kala kita kesusahan, tetapi menunjukkan kemesraan apabila kita beroleh kejayaan.
6. Yang sentiasa memperlekeh kan kebolehan kita sedangkan kita bukanlah setaraf dgn mereka dan tak senang duduk melihat kelebihan kita yang sedikit ini. dan tergamak pula mengkhianati di belakang kita.
Hidup saya dikelilingi dgn sifat manusia yang berbagai2 ini, tidak ada apa yang peliknya. Saya seorang manusia biasa juge, yang sering melakukn kesalahan. Namun dalam berkawan, saya sangat serious dlm mempertahankan silaturahim. kerana itu, jika terjebak dgn salah satu golongan di atas, sudah pasti akan saya ingat dan berbekas di hati. Namun biarlah Allah yang memberi hukuman. Peranan kita sbg hambaNya ialah banyakkan sabar dan teruslah berbuat baik.
Apabila itu berlaku, sebagai manusia biasa emosi kita sedikit terganggu. Saya hairan kenapa apabila seseorang meluahkan emosi, maka di cop 'emo', 'tidak tahu mengawal perasaan' dan sebagainya. Tahukah anda bahawa kita semua manusia biasa; emosi + spritual ialah penimbal kepada kestabilan hidup.? I a juga respon kpd peristiwa yg menimpa seseorg.
Tahukah anda emosi hanya berada di puncak pada suatu2 ketika sahaja.? Ianya akan kembali normal apabila perkara yang menganggu fikiran beransur hilang. Tahukah anda bahawa emosi amarah contohnya tidak wajar disimpan tanpa diluahkan, jika tidak ia akan terpendam dan pada suatu ketika ia akan meledak dgn hebatnya dan membawa padah kpd seseorg itu.
Walaubagaimanapun, dalam Islam, kita perlu bijak menangani emosi. Mengenai sikap2 yg buruk diatas pula; kita hanya diminta membenci sifat buruk tersebut, bukan si pelaku. Seharusnya kita berdoa agar kita bersama sama dgnnya akan meninggalkan sifat keji itu.
Kawan kawan,
entri ini seharusnya dilihat sebagai point utk muhasabah diri. Khasnya untuk diri saya sendiri juga setelah hampir 37 thn melayari hidup di dunia yang byk kepalsuannya. Segala yang buruk harus lah di ambil pengajaran.
Till we meet again, see you soon.very very soon.
No comments:
Post a Comment