Wednesday, 25 May 2011

''GoodBye, ..Will Miss You''

Salam

Baru selesai menguruskan perihal anak anak yang akan meninggalkan sekolah mereka. Esok merupakan hari terakhir persekolah seblm cuti mid-spring selama seminggu. Dalam masa seminggu itu juga lah kami sekeluarga akan berangkat pulang. Bermakna esok merupakan hari paling terakhir anak2 d bersekolah di Westways Primary School.

Semalam Yasmin pulang dengan sekeping 'good bye' card yang besar, khas dari kawan2 sekelas serta guru2nya. Riak wajahnya belum begitu sedih, meskipun ada seakan akan mcm nak nangis. hehhe. Bangun pagi hari ini beliau terus shj melihat card tersebut, katanya..''will miss u my friends''.. Saya tidak pasti apa akan berlaku esok hari, terutamanya antara beliau dan bestfriendnya, Tulip. Ibu Tulip telah maklum tentang perkara ini. Kami masing2 turut bersedih krn sudah tentu kedua2 nya akan saling merindui.

Pagi ini juga seperti yang dirancang, Yasmin ke sekolah bersama sebiji kek yang besar utk diraikan bersma kawan2, serta cenderahati dan card utk setiap kwn2 dan guru2.

Sejak dua hari lepas saya turut membantu ketiga tiga anak saya menulis card untuk setiap kawan kawan sekelas. Macam2 yang mereka tulis, sebagai ingatan yang berpanjangan. Saya tahu mereka sangat sedih untuk meninggalkan kawan2 sekolah, malah saya turut merasa nya huhuhuh..

Pagi ini, Azrai mewakili sekolahnya dalam acara sukan antara sekolah. Begitu juga esok, meskipun hari terakhir persekolahan. Saya bangga kerana Azrai telah memberi satu remark terhadap dirinya sendiri dan terhdp sekolahnya walaupun ke saat2 terakhir. Malah mendapat pujian daripada Headteacher, Mrs Holmes. Beliau berpesan spy Azrai n adik2nya terus 'keep in touch' dgn kwn2 mereka sehingga mereka dewasa kelak.

Oleh kerana Azrai tiada di kelas sepanjng hari ini dan esok, maka beliau telah dijanjikan dgn cenderahati coklat daripad kwn2 beliau; malah boleh di request gitu..:)

Saya tidak sempat merakam gambar2 cenderahati mereka yang dibawa ke sekolah lantaran sibuk memastikan semua perkara diuruskan dgn baik. Yer lah, setiap kelas ada 26 pelajar. Dgn tiga kelas bermakna 26 x 3 card utk disiapkan. Khairie pula menghasilkan kad dgn penuh kreatif melukis objek yg menjd kegemaran setiap kwn2 nya.

Apabila membaca ucapan yg mereka tuliskan, sy cukup terharu menatap ayat2 ..''goodbye, will miss you ''.. kata kata yg amat bermakna utk kwn2 mrk.

Till we met again..see you soon very very soon.

No comments:

Post a Comment