Wednesday, 2 November 2011

Suci Hati

salam

Pagi tadi sambil menghirup cereal dan secawan kopi panas penyegar hari yg mendung, saya sempat menonton rancangan berbentuk da'wah di channel oasis, astro. Jemputan penceramah merupakan al-ustaz berbangsa Indonesia iaitu pengendali sebuah sekolah pondok di sana. Ahh..lupa pula nama penuhnya krn sudah di pertengahan perbincangan. Topik hari ini ialah tentang 'menyucikan hati'. Seronok dgn penerangan beliau kerana begitu menusuk ke sanubari.

Antara kata2nya ialah

..'' ada org menganggap bhw dunia ialah tempat yg paling bahagia, penuh keseronokan.. sdgkan dunia ialah utk kepuasan jasad shj. Contohnya makanan itu utk mengisi perut, pakaian utk melitupi tubuh badan, television utk halwa mata dan telinga. Itu sudah memadai. Namun sedarkah kita bahawa jasad ini(mata, telinga, perut, badan) akan lebur bersama tanah selepas 80-90 tahun dizahirkan dan semua nikmat itu terhenti slps jasad berpisah dgn nyawa?? Sesungguhnya itu hanya lah utk dunia, maka kita harus meningkatkan lagi usaha kita utk mencapai kebahgiaan yg abadi.

Kebahagian sebenar yg dimaksudkan ialah apabila kebahagian itu tersemat di hati (roh) yang mana roh akan terus kekal ke alam barzakh, ke alam akhirat yg abadi. Untuk mendapat kebahagian roh, maka hati perlu suci. Antara caranya ialah: Jangan sesekali mendabik dada dgn pujian, jgn menyombong dgn harta benda. Ingatlah tatkala di puji, kembalikan ingatan kita pd Allah;'' bahawa Allah yg mengurniakan keistimewaan ini maka olh krn itu aku dipuji dan sesungguhnya ia tdklah kekal krn Allah berhak menariknya drpdku bila2 masa shj''. Dgn itu, hati sentiasa suci jika kita mengelakkan hati diisi dgn perkara2 yg kotor sebaliknya isikan hati dgn amalan zikir2 dan berfikir/ berlaku positif terhadap sesama kita.

Ini lah suatu yg mengembirakan sy sekembalinya sy ke malaysia. da'wah ada di mana2, mudah didapati dan senang difahami kerana pendekatannya sesuai dgn arus kehidupan masyarakat kita.

Malam tadi Yasmin bertanya pd saya;'' mama tahu tak doa' Rabitah?''. Rasa malu dan insaf tiba2 hadir dlm diri... Biasanya jwpn sy kpd setiap pertanyaan beliau pasti positif. (yer lah, anak2 menganggap kita sbg ibu ni mcm wiki, serba tahu segala bende). Doa ini merupakan salah satu doa yg diajar di Tadika beliau.

Lantas pagi ini sy mencari doa yg dimaksudkan;

Doa Rabitah

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
_________________________________

Minggu peperiksaan sdg berlansung utk kedua2 anak bujangku. Yg sulung agak berat tanggungjawabnya menggalas dua perperiksaan serentak; sekolah pagi dan agama petang.

Hari pertama periksa sklh agama petang, kebetulan hujan turun dgn lebat, maka kebasahan anakku pergi dan balik sekolah menaiki basikal. ''..Mama, payung dah rosak sbb angin kuat.'' Maka, keesokkan harinya, sy decided to balik awal skit semata2 utk menghantar dan mengambil beliau dr sekolah.

Balik dr sekolah, sy memantau mereke berdua ulangkaji. Mereka ternyata mengimpikan keputusan yg baik spt rakan2 mrk. Mereka begitu ingin berada di kelas 'pandai' (sekrg di kelas perteghan), saya fikir krn mereka lebih senang bergaul dgn rakan2 di situ berbanding dgn di kelas sekrg. Sesuatu yg bagus krn anak2 saya tahu menilai perbezaan sikap rakan2 mereka ( budak pandai selalunya bersikap baik) dan ini menjd dorongan kpd mereka utk maju dlm pelajaran.

Mereka pernah mengeluh dan bertanya mengapa mereka dibawa tinggal di UK sebegitu lama. Kerana ternyata mereka yg mendpt susah apabila ketinggalan dlm pelajaran berbanding rakan2 sekelas. Saya tidak ada jawapan yg memuaskan ttg persoalan trhdp suatu perkara di luar kuasa saya itu....

Oleh krn itu, saya lupakan apa shj yg telah berlaku, yg paling penting skrg ialah memandang ke depan, dan menyelamatkan masa depan anak2 saya. Ya, ada perasaan gentar dlm diri saya memandangkan ini merupakan pertama kali mrk menjalani peperiksaan akhir tahun.
Dan sebagai ibu, sama spt semua ibu2 di luar sana, sy akan bertindak yg sebaiknya utk anak2.

Semoga anak2 saya mempunyai iltizam yg padu dlm hidup ini utk ke arah kebahagiaan yg abadi. Walau apa pun cabarannya, mereka tetap akan berusaha lebih lagi dan lebih lagi! Insyaallah.

Till we meet again, see you soon. very2 soon!

2 comments:

  1. salam ziarah kak murni,

    terima kasih untuk entry ini..moga anak2 akak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan nanti. take care.

    ReplyDelete
  2. sama2 ..dan insyaallah, amin.
    hrpn setiap ibu begitulah. dan ini pengalaman pertama akk menghdpi musim peperiksaan anak2.

    anak oh anak! menunggu mereka dewasa ada sahj perkara baru yg ibu harus pelajari :)

    ReplyDelete