Monday, 14 November 2011

Just a few lines..

salam

ada tiga perkara yg saya sedari akhir akhir ini;

1. sudah dua minggu kepala terasa sakit ngitt ngitt ngitt. hingga terkesan ke mata kiri.
2. badan terasa berat.. tummy mula ke depan. pinggang terasa bergoyang goyang ketika berjalan.
3. 'mood' lebih kepada sentimen yg wajib. straight sahaja. kurang selera untuk menyimpang. tidak berbunga bunga.

Fikiran byk menempati perkara yg penting shj. Tatkala ada masalah, sy kembali kepda penyelesaian mudah: tiada perkara yg sempurna.

Simptom2 'penuaan'?? Adakah begitu?
______________________________________________


Kembali bersua dgn kwn2 lama pd saya satu 'event' yg signifikan dlm diari hidup. bayangkan kit bertemu dgn insan2 yg pernah hadir dlm tempoh childhood kita. Ketika kita bergelumang dgn fikrian yg bercelaru, perlakuan yg 'kurang matang' dan situasi yg tdk stabil! Ya, itulah yg sy gambarkan kehidupan di waktu sekoah sehingga sebelum berumahtangga :)

Kini dgn masing2 memiliki keluarga, kerjaya dan pengalaman hidup yg unik, saya bertambah menghargai setiap ikatan persahabatan dan ingatan terhdp memori berpuluh tahun lampau masih kukuh diingatan sehingga kini.

_____________________________________________


Minggu dpn bermula cuti sekolah akhir tahun. Sabtu ini hari konvokesyen si bongsu saya di Tadika. Seakan tidak percaya, anak2 saya sudah bersekolah kesemuanya. Saat saat spt ini memberi signifikan yg tinggi dlm diari hidup saya. Mereka kini menjalani satu kehidupan yang saya sebutkan di perenggan dua di atas. Justeru adalah sgt penting utk saya memegang tali pengikat yg ada pada setiap dari mereka sekuat kuatnya, spy mereka menuju ke arah yg sebaik baiknya dan juga tidak tersesat jauh dari dasar.


See you again folks. Take care!

No comments:

Post a Comment