Thursday, 25 August 2011

Selamat Hari Raya.

Salam

Kurang seminggu lagi umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri. Kata mereka, mungkin Eid jatuh pd hari selasa, iaitu 4 hari lagi . Ahh cepatnya Ramadhan berlalu..

____________________________________________________________

Pada hari selasa yang lepas, rumah saya dikunjungi oleh rakan2 dulunya yang sama2 berkelana di Sheffield England. Kini kami semua telah kembali ke tanahair. Satu majlis berbuka puasa bersama bekas2 pelajar Univ Sheff dan keluarga mrk dirancang dan saya dan suami bertuah krn dipilih menjadi tuan rumah. Ada 5 keluarga semuanya dan majlis berjalan lancar.

Masing2 merasa bersyukur kerana telah menempuh dugaan kehidupan di perantauan termasuk menjalani ibadah puasa di sana selama 4 tahun. Kenangan2 di waktu syawal di sana juga masih segar. Walauapa pun, semua itu menjadi pengalaman yg sgt indah. Walau pun sedih ketika di rantau tetapi saya harus bersyukur diberi peluang melalui semua itu.
_____________________________________________________________________
Pada keesokan harinya pula saya menerima berita melalui email dan fb mengatakan sahabat di sana telah dikurniakan cahaya mata baru. Alhamdulillah. Dan selang beberapa jam, berita lain yg mengejutkan pula tiba iaitu pasangan suami isteri yg lain pula mengalami musibah iatu bayi mereka yg cukup bulan meninggal dlm kandungan.

Semestinya berita ini sgt menyayat hati sesiapa yg mendengarnya. Pada saya, terkesima seketika. Apatah lagi suatu ketika dulu si ibu tersebut merupakan seorang yang sering bersama sama saya, keluar mencari rezeki setiap awal pagi...Berada jauh di rantauan dan keluarga, dan mengalami kejadian sedih ini cukup membuatkan hati sy tersentuh hiba, lantas air mata sahaja yg menjadi saksi kesedihan ini.

Tika saya menulis entri ini, beliau sudah pun bersalinkan baby dan jenazah baby dijangka dikebumikan pd selepas zohor, 2pm (waktu UK) pd hari ini dan dikebumikan di perkuburan kanak kanak di Crookes, kwasan perumahan saya ketika di sana.

Ya Allah , Kau kurniakan kesabaran yang tinggi keapada kedua mereka (si suami pelajar phd) utk menghadapi dugaan ini. Memandangkan ini anak sulong mereka, sudah pasti agak sukar utk diungkapkan dgn kata2. Hanya Allah yg akan memberi rahmat ke atas setiap kejadian.

Seluruh masyarakat Melayu Sheffield sedang berganding bahu membantu menyelesaikan urusan pengkebumian dan bantuan2 lain. Itu lah yg sering diamalkan, jika ada sahabat yg ditimpa kesukaran kami tidak pernah abaikan mereka. Jika ada saat2 gembira juga kami sama2 nikmati.

________________________________________________________________


Menjelang Aidilfitri ini yg bakal tiba, saya akui cukup teruja menunggu pagi Syawal. Ahhhhaaa sudah 4 tahun tidak memakai persalinan baru..Asyik2 tukar2 baju kurung yg 5 pasang itu sepanjnag 4 thn di sana :))

Begitupun, saya tidak lah terlalu berbelanja utk beraya. Langsir cukuplah disuaipadan dgn yg lama. Baju2 raya kami terpaksa beli ready made sahaja. Itu pun seorg sepasang. Baju2 anak2 dibw dr England masih ok. Kuih raya tentu lah dibeli saja hikhik...bukan tak mahu buat, cuma pengurusan masa yg masih 'lemah'. Sedangkan sy sudah pun membeli beberapa alatan membuat kuih..hmmm tahun depan insyaallah hikhikk

Insyaallah saya sekeluarga akan beraya di kg Trg. Kami akan bertolak pd Sabtu. Sempat juga berpuasa dan berbuka di sana. Doakan keselamatan kami sepanjang percutian ini. Saya juga doakan sahabt2 semua bergembira dalam selamat dan menikmati Aidilfitri mengikut lunas2 yg ditetapkan.
Mohon jutaan maaf zahir dan batin dari saya...semoga kite mendapat keberkatan Ramadhan dan Syawal nanti.


See you soon..very very soon.

Selamat Hari Raya!

1 comment: