Friday, 19 August 2011

Teruslah Berusaha Wahai Anak!

Salam Ramadhan

Suasana menjelang Aidilfitri mula terasa. Anak2 sudah pandai meminta bunga api, baju baru dan kasut baru. Walhal sebelum ini mereka tidak endah itu semua, malah cukup cerewet bila saya mengenakan mereka dgn baju melayu siap berbutang.

Ini lah perubahan yang saya inginkan. Menyelami kehidupan sebenar budaya Melayu dan suasana tanahair.
Juga semakin kerap kedengaran suara anak2 menghafal doa dan surah di kala maghrib. Si abang juga pandai mendapatkan kitab dan mengaji selepas selesai solat. Si adik juga lekas membuka beg sekolah dan membaca Al-Barqi dgn lantang. Apabila sampai waktu mentelaah, si adik byk menerima tunjuk ajar daripada abang2 nya juga.

Sebagaimana mereka cepat 'absorb' ketika mula sampai di England dulu, sama juga sepertimana mereka kembali ke sini. Saya cukup bersyukur kerana proses penyesuaian yg mereka lalui berjalan spertimana yang saya bayangkan, cukup positif. Mungkin juga dgn pertolongan daripada pergaulan dgn rakan rakan sekolah. Saya sungguh impressed dgn kebolehan si manja saya yang kini petah bercakap Melayu. Lenggoknya teratur dan butir bahasanya boleh difahami. Dalam masa 3 bulan segala2 nya cukup sempurna.

Berpuasa di tanahair yg cuacanya mencecah 35C suatu cabaran yg hebat. Buat saya juga,,,apatah lagi pd anak2. Ada satu kali si tengah bocorkan puasa akibat terlalu haus dan alasan lain tidak bangun sahur. Saya faham krn mereka belum dpt menerima situasi ini,..selesai sekolah pagi, terpaksa berbasikal ke sekolah agama petang pula.

Si bongsu pula gigih bangun sahur. Jika tidak dikejutkan alamak esoknya teruk maknya kene bebel :PP Beliau ternyata berpuasa penuh pada ofis hour iaitu 7.30am-5.30pm. Iaitu tempoh beliau di sekolah tadika dan di nursery. Sesampai jer di rumah, terus ke dapur meneguk air. :PP

Tak apa lah, itu pun saya berterima kasih pd guru2 yg menggalakkan anak2 6 tahun ini belajar berpuasa. Saya teringat ketika menjelang Ramadhan baru baru ini, beliau bersama sama kawan menyediakan lukisan serta banner dan persediaan menyambut bulan puasa sebgai aktiviti sekolah. Amat bagus sekali krn secara tidak langsung meransang minat anak2 utk berpuasa dan juga sbg mind-setting mereka menerima kehadiran bulan ramadhan.

Suatu ketika dahulu di England, si manja saya tidak betah berpuasa walaupun sudah dimaklumkan demikian. Sekejap mau, sekejap tidak. Begitu lah pengaruh persekitaran memberi kesan kepada perlakuan anak anak.

Saya akan cuba melengkapkan lagi mereka dgn asas2 pengetahuan yg sepatutnya agar mereka dpt mendpatkan kembali hak mereka yg hilang ketika di sana.

Selamat meneruskan ibadah puasa.. moga kita ketemu dgn malam lailatul qadr.

See you soon, very very soon.! take care.

3 comments:

  1. alhamdulillah, semuanya baik2, hepi mendengar..selamat meneruskan ibadah puasa...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Namun semestinya dgn dorongan yang kuat darpd ibubapa. Akak mmg sentiasa mengingatkan perbezaan di sana dan di sini. Galakan yang padu berserta nilai2 keibubapaan yg positif yg kita ceduk drpd sana juga banyak membantu.

    ReplyDelete