Kembali di opis hari ke 3 selepas bercuti Aidilfitri.
Persaan saya sekarang..: Honestly masih dlm mood raye. Adakah ini penangan 4 tahun berturut2 beraya di perantauan..?
Persaan saya ketika di kampung: Gembira, bahagia, tenang, bersyukur, sayu serta puashati menikmati segala galanya di kampung.
Kembali semula dgn tempat saya dibesarkan, tempat bermain2 sewaktu kecil ..Memerhatikan kemajuan yg amat positif di kalangan penduduk kampung. Anak anak mereka yang dulunya masih kecil sekarang jauh bezanya hinggakan saya hampir tidak kenal. Saya gembira menyaksikan rumah kediaman mereka kini hebat dan selesa, berkenderaan besar malah lebih dari satu yg mn satu perkara biasa dilihat sekrg ini. Alhamdulillah, kelihatan maju. Malah anak2 mereka juga ramai yg melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Saya juga mengambil kesempatan menziarahi saudara mara yang kini lanjut usia mereka. Raut wajah mereka juga jauh berbeza. Ahhhh, terasa begitu lama saya meninggalkan kampung halaman. Ironinya, mereka juga terkejut melihat anak2 saya begitu cepat membesar. Itulah kannn, jika lama tidak berjumpa.
Dalam perjalanan pulang semula ke Batu Pahat, saya sudah tentu tidak melepaskan peluang menyusuri pantai indah di Terenggangu dan Pahang. Mmmmmm....still can feel the breeze. Pantai dan saya begitu akrab. Bayangkan kerinduan yang saya tanggung kerana sepnjng 4 tahun di England hanya sekali saya berpeluang ke pantai iaitu di East Yorkshire. Masih teringat2 lagi, air nya sejuk amat. Kali kedua ketika kami bercuti di Pulau Tenerife, di Kepulauan Canary, Sepanyol yang mana pantai dan terumbu nya sangat indah dan menakjubkan.
Keseronokan anak2 di pasir halus di pantai Kuala Abang, Terengganu.
Pantai Batu Burok, Cendering, Kelulut, Kuala Abang dan Cherating hanya lah beberapa nama yang dapat dituliskan di sini. Saya puas berada di pasiran pantai melepaskan pandangan sejauh2 nya ke hujung laut. Saya boleh berada di pantai berjam jam lamanya sambil memerhatikan panorama bot2 nelayan, pengunjung bermandi manda dan burung-burung terbang di sekitaran. Cukup menghiburkan.
Namun ada satu perkara yang saya tidak mungkin lakukan : mandi laut!
Saya singgah bermalam di satu hotel di Cherating. Apalagi.. anak2 lah yang paling seronok. Di dalam fikiran mereka hanya ada satu : swimming pooolllll. Si bongsu saya acapkali mengingatkan sebelum kami bertolak ,'' have u brought my swimming suit , mama?''
Bagitulah indahnya momen momen itu. Tidak dapat saya selindungkan persaan terharu dan bersyukur, kerana Allah swt telah memperkenankan doa saya. Kembali menjenguk kampung halaman setelah beberapa lama berada jauh beribu ribu batu.
Kepada sahabat2 yang masih di perantauan, teguhkan lah niat anda. Samada anda sebagai 'pengiring' atau 'pejuang'; ketahuilah Allah hanya akan melihat keikhlasan niat mu berada di sana. Bersabarlah, insyallah Dia akan kurniakan 'pulangan' yang sangat indah bagi kamu.
Till we meet again see you soon very2 soon. take care.
seronok mendengar kisah akak sekeluarga..moga saya kuat kat sini... :-)
ReplyDeletesalam Ismi Nor.
ReplyDeleteTerimakasih krn bersama sama akak menitip sebuah kisah kehidupan di blog ini. Akk assume Ismi berada di luar negara ni. Akak berdoa semoga kehidupan anda di sana sentiasa berjalan lancar sentiasa!
askm kak murni, ismi nor tu ziha ...tukar nick..tp tetap norziha.. :-)
ReplyDeleteismi = nama saya :-)
ok3. bagus jugak tau nm sbnr empunya diri. tq for letting me know:)
ReplyDelete