Hari Jumaat yg mulia, penghulu segala hari. Salji di luar semakin menipis apabila rumput dan jalan mula kelihatan sedikit demi sedikit setelah seminggu di bwh timbunan ais. Cerita salji nampaknya hampir berakhir..sekurang2 utk seminggu ini. Alhamdulillah.
Minggu hadapan merupakan minggu terakhir persekolahan seblm cuti sekolah sehingga awal thn hadapan. Sebagaimana lazimnya, anak2 sdg sibuk menjalankan latihan utk Christmas Concert di sekolah. Anak bongsu berkata '' I wish you can come to my concert. And can you please take the front seat so that you can see me clearly on the stage''. Tahun ini she will play a role as 'fog'(kabus) , kene dancing skit katanya :) Dan lately beliau sering mendendangkan lagu ''Umbrella(nyanyian Rihanna)'' iaitu antara lagu latar dlm concert trsbt. Penglibatan anak2 dlm concert ini hanyalah sekadar aktiviti non-academic mereka shj. Pd kami tdk lah bermaksud utk sama2 celebrate perayaan tersebut. Anak2 Melayu di sini faham dlm hal ini dan juga pihak sekolah telah dimaklumkan batasan kami sebagai penganut Islam dlm aktiviti meraikan kdtgn Christmas dan juga perayaan lain spt Easter, Chinese New Year & Divali. Secara positif dptlah anak2 belajar secara tdk langsung mengenai budaya & agama2 lain.
Bersesuian dgn musim perayaan, shopping mall sedang hebat menawarkan jualan2 murah pelbagai barangan. Pada saya, tiada apa yg mengujakan kecuali window shopping -:D.
Beberapa hari lalu, saya sempat singgah di ''The Works''. Kedai buku ini menjd pilihan km sekuarga krn sering menawarkan pelbagai buku2 dan peralatan berkaitan dgn harga yg murah dan mampubeli. Lebih2 lg buku2nya dtg dgn hardcover serta hasil nukilan penulis dan individu yg dikenali, menjanjikan quality yg tinggi.
Kali ini sy membeli 2 buah buku berkaitan kesihatan fizikal dan minda ''6 Minute Morning Workout'' berharga GBP2.99 dan '' Detox For Life'' brharga GBP3.99. These kinda books r so inspiring and give me a different view of how to manage our life at our best. Detox For Life(Josephine Collins), menjelaskan secara terperinci kpd kita dlm mengawal aktiviti fizikal dan mental serta mencdgkan pelbagai cara mengikut kemampuan seseorg. Selain daripada itu, buku tsbt menyatakn dgn jelas idea pemakanan yg sihat serta khas utk pesakit Lupus ada dinyatakan larangan pengambilan mknn tertentu.
Antara koleksi ku., ehh ada terselit The Little Pink Ballerina di situ ..:)Semenjak saya 'bercuti' di luar negara ini, semakin banyak peluang yg saya perolehi berbanding sewaktu 'sblm bercuti'. Aktiviti membaca ialah antara salah satu nya. Saya merasa beruntung berada di negara ini krn didapati buku2 yg dijual adalh lbh murah! tidak hairanlah English secara amnya amat gemat membaca. Perhatikan ketika di perhentian bus, di dlm bus atau di tmpt awam ketika menunggu giliran d sbgnya, akan terlihat mereka ini khusyuk membaca.
Pada fikiran saya, minat membaca diklangan penduduk di sini telah dipupuk sewaktu di pra sekolah lagi dan dibantu oleh budaya mrk sendiri. Di sekolah, mereka(anak2 sedari umur 4thn) di asuh utk membawa balik buku2 cerita setiap hari. Di sebelah malam mula, mereka diajar utk meminta ''bedtime story''. Di kedai2 barang2 terpakai pula, buku2 dijual dgn harga yg sgt murah ; GBP1.00 shj. Manakala di jualan carboot, buku pelbagai jenis boleh diperolehi serendah 0.20p - 0.50p. Amalan menjual semula buku terpakai telah berjaya menghidupkan budaya membaca dari generasi ke generasi. Dgn demikian mereka dilihat berpengetahun am lebih tinggi dan bersifat terbuka. Berbual dgn salah seorg anak remaja Melayu di sini, beliau mengakui kawan2 English nya lbh byk idea dan kreatif sewaktu aktiviti perbincangan dlm kelas.
Selain buku2, akhbar2 serta sumber internet juga sumber pembacaan yg sentiasa diburu. Beberapa hari akhir2 ini, saya mengikuti berita terkini berkaitan skandal (sila klik)WikiLeaks, skandal internet terhangat abad ini. Intipati di dlm WikiLeaks sentiasa membuatkan pembaca utk mengetahui lbh dan lebih lg isu2 antarabangsa yg selama ini dikambus oleh percaturan kotor sesama mereka. Pada ketika ini, diberitakan pengasas laman web ini telah ditangkap atas tuduhan pencabulan. Beliau merupakan seorang doctorate dlm bidang kewartawanan lulusan Univ of Melbourne kini terus ditahan dan disoalsiasat setelah cubaan utk menjamin beliau oleh sekumpulan golongan elit(termasuk Jemima Khan) telah ditolak. Siapa sangka skandal sebegini hebat boleh tercetus dan yang pasti dunia kini tertumpu kpd isu WikiLeaks ini. Manakala negara2 yg mana telah''ditelanjangi'' olh website ini mula panas punggung....
Website lain yg sering saya kunjungi ialah website berkaitan dgn (sila klik)Lupus (SLE). Sgt bermanfaat utk saya get connected and updated dgn Lupus issue. More importantly, I found a circle of friends in the same boat. Batasan bangsa, agama dan budaya seakan invisible apabila masing2 ralit menyatakan apa yg mrk alami dan sama2 comfort and support each other.
Kawan2 saya di tanahair juga tidak kurang hebat mempunyai koleksi pembacaan sejak dari bangku sekolah lagi. Solute!! Saya? Secara jujurnya, bersetuju dgn statistik yg mengatakan bhw majoriti rakyat Malaysia kurang minta membaca, esp yg berbentuk ilmiah. Saya kah di antaranya sample yg menyumbang kpd data statistik tsbt? Adakah sy mampu mengubah hasil analisis data utk statistik ini ke arah hasil menggembirakan di masa hdpn?
Till we meet again..see you soon..very soon. Take extra care !!
since i masuk tesl, baru kerap membaca. it's good actually when u read a lot :)
ReplyDelete