Salam to all.
Jam 22:38 waktu UK. Bermakna 1 jam 22 minit lagi, kalendar tahunan berubah kepada 2011.
Tinggal saya seorg diri bersenda dgn komputer ini, putera2 dan puteri saya sudah nyenyak bermimpikan yg indah2. Manakala si dia awal2 lagi memaklumkan utk keluar bersama rakan2. Ahhh..lelaki.
Saya masih berjaga. Paling lewat berbanding2 hari2 sebelum ini, di tahun ini :)
Sepanjang minggu lepas, aktiviti utama lbh tertumpu kpd outing. Bersama sama terjerumus ke gelombang mengumpul barangan yg berkenan di hati. Jualan akhir tahun yg ditungu, yg hebat di UK. Letih melihat tag harga runtuh yg ditawarkan di semua store. Letih memikirkan mana nak di tuju, semuanya dilihat bagus belaka. Murah2 semua. tapi, cuba lihat isi poket dulu..
Sambutan tahun baru mlm ini tiada apa apa bg saya. tak pernah sekalipun sy bersengkang mata menunggu coutdown, samada live atau di telly. Tidur nyenyak dan sekadar berehat di rumah adalah seribu kali afdal bagi saya.
Hmmm...Ada suatu yg bermain2 di hati saya, menyebabkan ia menjadi gusar,..sedikit. Tak apa, itu menandakan saya prihatin dan kasih pd diri sendiri :)
Sejak minggu lalu, sy mnyedari terdpt nodul2 di bahgian leher. Satu lg di bwh kepala. Tidak sakit, cuma tetap kedudukannya dan tidak lembut apabila disentuh. Minggu ini, ia tetap begitu. Apakah itu..? Sebentar td, saya masih menggodek2 nodul sebesar biji soya itu. Adakah ia sudah lama di situ? Kenapa sblm ini tdk sy sedari. .. Mungkin ada baiknya tunggu lagi dua minggu utk pemeriksaan. Harapan saya , jawapan nya akan memadamkan prasangka buruk dan ia bukanlah perkara yg perlu dirisaukan.
Lagi 1j 9 minit ke pukul 12 tgh malam. Setibanya detik 12 tgh malam nanti, tentunya saya tidak akan teruja utk melaung2 atau berubah perasaan. Sekadar perasaan biasa, hari sudah bertukar dan bermakna usia sudah meningkat seiring peningkatan masa. Moga hari ini lebih baik daripada hari2 sebelumnya.
Oh ya! Saya rasa perlu saya tuliskan sesuatu di sini. Agak pelik perasaan saya lewat ptg td, apabila melihat di jari manis tersarung cincin...yang saya pilih sendiri. Cincin itu sgt cantik berkilau, hrganya tentulah murah(katanya diskaun 50%). Sudah lama benar jari manis sy tidak tersarung cincin. Sejak mempunyai anak, saya merasa rimas dgn barang kemas. Seolah dirantai! Akhirnya, hari ini, atas permintaan saya..(akibat selalu sgt asyik memerhatikan pameran perhiasan di kedai2 emas), suami memenuhi hasrat saya.
Mudah benar beliau bersetuju utk membawa saya ke kedai brgn kemas trsbt. Tiba di kedai pertama, separuh drpd pintu lungsur telah ditutup, namun atas budi bicara staf di situ, mrk tetap melayan kami dgn baik tetapi gagal mndptkn cincin dgn saiz utk jari ku yg kurus (katanya).
Kemudian kami bergegas ke kedai ke dua, ternmpk salah seorg staf di situ sdg mengemop lantai, bermakna kedai ini juga akan ditutup. Nasib baik, kami juga mdpt layanan memuaskan dan sy akhirnya berjaya mendpt apa yg dihajati.
Suami mungkin juga menyedari, jari manis saya kurang berseri setelah sekian lama :) Dan saya pula tidak pernah kisah dgn perhiasan brgnn kemas. Samada ianya emas tulen, 916c, sebesar donut sekali pun, tak prnh sy peduli. Perhiasan yg sederhana itu pd sy amat memadai..bak kata omputih 'less is more'. Walaubagaimanapun, saya agak meminati jam tangan. Itu lah kepuasan saya.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun. 2010 telah kita lepasi. Ini lah kehidupan. Selamat datang 2011.
Till we meet again, see you soon, very2 soon.
No comments:
Post a Comment