Assalam
Alhamdulillah bertemu sekali lg pada Ramadhan AlMubarak.
Hari ke 2 bulan ramadhan .. teringat kampung halaman, juadah tradisi kami, suasana malam bulan Ramadhan amat terasa kerana rumah kami betul2 bersebelahan dgn masjid. Rindunya. Sangat.
Bukan itu sahaja, saya rindukan suasana berpuasa sewaktu kecil. Tak terbanding dengan suasana anak2 saya di zaman ini. Sungguh berbeza.
Hari-hari dilalui tenang. Biarpun ada rasa sembilu dalam hati, saya teruskan sahaja dengan apa yang ada. Ada rasa lelah dan getar, namun ianya harus begini: Sentiasa berjalan ke depan dengan senyuman di bibir. Sekiranya kita sesak dan jatuh, ada ramai tangan yang sedia untuk bertepuk. Ketahuilah, saya menjadi jelak dengan 'sandiwara semasa' individu yang menggelarkan diri mereka 'scholar'.
Jika ini lah yang diisi dalam kehidupan, apakah kita masih mampu mengaku; 'sesungguhnya hidupku, matiku, ibadahku hanya kerana allah swt' ? Bukan mengajar sesiapa, namun kalau sudah kejelikan terpampang di depan mata sekian lama, tidakkah mengundang rasa sangsi rakan sekeliling. Ahhhh...hidup ini hanya sekejap. Sekejap. Ingatlah. Buktinya nyata ; saban hari berlaku kematian. Dan kematian itu datangnya berbagai bentuk. Ingat lah.
Tulisan ini hanya terbaik adalah untuk ingatan diri sendiri. Kerana itu, dalam berdiri tegak masih terasa ingin tunduk ke bumi. Dalam sempurna berkata-kata, ada rasa ingin menagih ulasan dan pandangan. Dalam kesempurnaan yang tak seberapa, ada rasa ingin memberi sebanyak mana yang mampu.
Suatu waktu dahulu saya ingin juga menjadi seorg 'scholar'..kununnya biar dpt ku kuasai dunia. Namun, Allah menangguhkan impian itu dan diberi ganti nikmat lain utk saya. Nahh melihat apa yang telah berlaku di depan mata sekarang..... Ada nilai insan sudah ada yang tergadai. Apakah makna scholar itu pada mereka.
Padaku, nilai insan dan pencapaian haruslah seiring, saling berkadaran. Atau apakah ada falsafah lain yang dipraktis? Apakah saya sudah ketinggalan arus?
Maka fahamlah akan diri ini, kenapa Allah menangguhkan cita2ku. Bahawasanya tidak semua hasratku adalah baik untuk ku. Tidak semua apa yang ku benci itu buruk bagi ku. Bahawasanya ku perlu lengkapkan keperluan iman di dada supaya tidak terdetik yang lainnya kecuali kerana Allah swt. Lillahitaala.
Selamat Berbuka. amalkan berbuka dlm kesederhanaan.
No comments:
Post a Comment