Wednesday, 28 August 2013

Raya waktu kecik-kecik :)

Assalamualaikum
21 Syawal 1434H, 28 Ogos 2013

Dengan masa yang ada ini dapat juga luangkan utk tulis-tulis..:)

Salam Aidilfitri semua.

Setiap aidilfitri memberi kenangan tidak mungkin dilupa.Namun kenangan ketika kanak-kanak juga yg plg sukar dilupa. Makan waktu berbuka beramai-ramai (lbh kurang 9org) di rumah arwah nenek bersama pakcik dan makcik duduk bersila di tikar mengkuang. Selalunya saya lah yg menghampar tikar mengkuang serta surat khabar sblm mknn dihidang. Lauk-pauk tentunya dimasak sendiri, 100% tulen  dari airtgn kami :p Kalau masak kari ikan, santannya dripd kelapa yg byk gugur dibelakang rumah. Cili kering pula digiling sendiri. Saya pula gemar menjdi pembonceng di atas kukur kelapa ketika arwah nenek atau arwah atuk mengukur. Ya Allah. Rindunya suasana itu. Kuih muih nenek yg popular ialah 'tepung bunga', kini jarang pula sy jumpa terutamanya di luar negeri Trg. Nasi di tanak menggunakan dapur kayu. Bekalan kayu api disediakan dengan memotong dahan-dahan pokok dan kemudiannya dikeringkan di atas para, berbumbung atap nipah.
Penggiling Cili                                                                         


Kuih Tepung Bunga



Kukur Kelapa

Kadang kala nenek menyediakan laksam utk kami. Beras direndam semalaman, dan dikisar sehingga menjadi tepung halus menggunakan kisar batu. Beras merupakan hasil tuaian atuk dan nenek dari bendang mereka. Saya 'rajin' memastikan tepong tidak tertumpah ketika beras dikisar ketika nenek mengisar (memusing bahgian atas pengisar). Tudung periuk leper digunakan untuk mengukus laksam. Atuk juga rajin membantu. Saya juga diminta mengasingkan tulang ikan rebus dan menumbuk ikan untuk dibuat kuah.


Pengisar Batu.

Waktu malam raya paling yang dinanti. Pertama, menunggu pengumuman raya. Sangat suspen okayy! Jika diumumkan raya, saya akan keluar bermain bunga api bersama kawan2 sekampung. Kemudian, kami membuat satu pelita yg diikat pada kayu panjang dan berarak ke rumah2 jiran. Bunga api cap kepala kucing yg paling popular, dan sebenarnya itu jelah yg layak untuk budak2 mcm saya. Budak2 lelaki yg besar sedikit bermain mercun; mercun ayam mercun katak mercun tanglung, Yg paling hebat ialah mercun das (mercun merdeka sekarang ni)..hahahhaa
 Bunga Api Cap Kepala Kucing

Aktviti malam raya juga memasang tanglung di halaman rumah. Tanglung digantung dan dipasang lilin didalamnya.

Esoknya pula, pagi2 lagi saya bersedia dengan baju raya. Excited sgt..kalau nak tau sejak baju raya siap lagi berangan , hari hari mau cuba. Sama lah dgn kasut raya.. Aduii kelakar  :)
Biasanya saya berjanji dgn kawan2 untuk ke masjid di pagi raya, jaraknya dlm 1.5km. Kami berjalan kaki beramai2. Sebenarnya jauh juga tp masing2 ada matlamat yg sama iaitu bersalaman dgn jemaah yg turun dari masjid selepas solat raya dan tentunya dapat duit raya !!! hahahaa...Walaubagaimanapun, saya tdk pernah beraya dari rumah ke rumah utk collect duit raya kerana tdk dibenarkan berbuat demikian.

Balik ke rumah sudah tentu menikmati juadah raya. Hidangan yg paling besttt sekali ialah nasi impit kuah kacang airtgn arwah nenek. Nasi ditanak lembek, kemudian dibungkung dgn daun pisang, dan dibungkus lagi dgn lapisan kain sehingga benar2 padat. Last sekali di 'hempap' dgn benda berat spt pengisar batu di atas. Esoknya maka terhasillah nasi impit yang wangi, lembut dan semulajadi! Kuah kacang pula menggunakan kacangtanah yg banyak. Agak leceh kerana saya selalu diminta mengasingkan kulit kcang menggunakan tampi (sebelum tu kcng digesek-gesek spy terpisah kulit) dan kemudian menumbuk kacang menggunakan lesung. Tapi pd saya inilah nasi impit kuah kacang yg paling best sekali dlm dunia hahhaha...Sayang, nenek pula telah pergi....

Tampi.

Hari raya kedua dirai dgn menerima kunjungan jiran2 dan kawan2 arwah atuk dan nenek. Walaupun kebiasannya mereka berdua berpuasa enam, kunjungan tetap dirai dan tetamu dihidang dgn kuih raya (biasanya hasil tangan makcik saya).


Raya kini berbeza, sangat berbeza. Pada saya, merasai pengalaman beraya di dua generasi yg berbeza adalah pengalaman yg ternilai harganya. Meskipun situasi itu boleh digambarkan dgn tulisan dan kata-kata, namun emosi, manisnya nostalgia itu tidak dpt diterjemahkan. Ralat sungguh kerana tidak mampu mengulangi semua itu, namun itu lah hakikat perjalanan seseorang. Yang telah berlalu, biarlah berlalu..kenangannya tetap tersimpan di dalam hati.

 Wassalam..














No comments:

Post a Comment