Assalamualaikum
Pagi Jumaat yang indah. Lewat petang semalam hujan turun disertai dengan angin kencang. Ketika itu saya di dapur namun sempat bertanyakan anak2 supaya kasut sekolah diletakkan ke tengah sedikit supaya selamat daripada tempias.
Pagi ini tanah dan rumput basah menyambut kedatangan sinar mentari. Nampaknya mentari tidak begitu gah menyinar malah masih ada rintik2 membasahi bumi. Apa pun, hari ini disambut dengan kesyukuran. Alhamdulillah, masih dikurniakan nafas, gerak jentera di dalam tubuh alhamdulillah normal sahaja...bekalan untuk menjana tenaga dan meneruskan perjuangan hidup yang tidak bertepi.
Semalam saya menghadiri 'openday' untuk anak sulong. Pertama kali ke sekolah dan ke kelas beliau saya merasakan suasana sekolah menengah ini berbeza dengan zaman saya. Dekorasi dan papan tanda yang dipamerkan lengkap dengan kata kata ilmu yang mana secara tidak langsung mewujudkan kesinambungan ilmu yang mereka dapati di dlm kelas.
Perbualan saya dengan guru kelas beliau agak panjang juga. Guru lebih banyak menerangkan tentang sistem PBS yang agak baru diimplementkan. Manakala di pihak saya pula lebih terarah kepada ' bagaimana ibubapa mengetahui kemajuan anak dalam setiap subjek'. Ini kerana guru kelas hanya mengajar satu subjek sahaja tetapi beliau ditugaskan untuk berbincang dengan ibubapa mengenai pencapaian pelajar untuk semua subjek! Jelas ia tidak selari dengan hasrat ibubapa kerana guru kelas tidak maklum tentang subjek2 yang lain. Jika difikirkan ibubapa seolah perlu berjumpa dengan setiap guru tetapi ini pula tidak menepati sistem di sekolah. Alangkah elok jika hanya 2 guru sahaja yang mengajar setiap kelas sepanjang tahun maka secara tidak langsung potensi anak2 akan dapat direkodkan secara konsisten kerana kebolehan anak tidak hanya terhad dalam satu2 subjek sahaja. Observation anak2 secara kesuluruhan akan dapat dicapai, akhirnya guru juga yang mendapat pulangan kerana penilaian yang tepat dapat dilakukan dan di pihak ibubapa pula data2 ini dapat membantu mereka menggilap kebolehan anak2. Potensi anak meliputi kognitif, psikomotor dan efektif, semua itu terkandung dalam modul subjek2 yg diajar, bukan hanya satu subjek sahaja. Skala setiap domain ini perlu direkod dan tren bermula daripada ting 1 sehingga tamat sekolah perlu dilihat dan dianalisis. Kepentingan data2 ini ialah akhirnya, destinasi anak2 untuk menyambung pelajaran selepas tamat persekolahan dapat ditentukan dengan lebih tepat.
Berakhir sesi tersebut saya ke hospital untuk blood check dan urine 24hrs analysis. Rutin biasa 2 minggu sebelum hari temujanji.. Tarikh temujanji kali ini jatuh pd bulan Ramadhan.
Biarpun sudah 19 tahun hidup bersama sbg Lupus fighter namun sebenarnya setiap kali disuntik untuk blood test, rasa ngeri itu tetap ada. Bezanya mungkin kelihatan lbh relax berbanding org lain hehehhe..Hakikatnya, setiap kali lengan ditusuk dengan penyuntik, hati tetap berdebar kalau2 suntikan itu perlu diulang..ya, kdg2 berlaku kesulitan seperti urat tidak timbul, urat terlalu halus dan ada juga darah yang disedut keluar tidak dalam amaun yang dikehendaki so kene cucuk lagi heeee...
Kebiasaanya selepas blood check ada rasa sakit kepala sedikit dan rasa mengantuk.Saya akan masuk tidur lebih awal dari biasa untuk mengelakkan rasa tidak selesa itu berpanjangan.
Jika diikutkan, saya harus ke hospital mingu lps lagi namun disebabkan kesibukan , saya tangguhkan ke minggu ini. Itupon, selesai kedua2 urusan besar semalam, saya terus masuk ke pejaabat untuk menyiapkan kerja yg perlu disiapkan 'urgent' . Ini lah kehidupan. Tidak mengapalah, sehingga habis nafas ini semua tanggungjawab akan cuba diusahakan dan diselesaikan. Tidak ada perkara yang mudah dalam dunia ini. Selagi ada kudrat, semua yang saya inginkan saya akan usahakan. Mental dan emosi juga penting, teramat penting sebenarnya agar sentiasa berada dlm keadaan stabil dan matang. Cabaran terhadap emosi ini...ya Allah hanya Dia yang maha mengetahui.
Alhamdulillah, saya dilahirkan dalam nur Islam, dipenuhi dengan panduan hidup spt yang saya tulis semula dengan bahasa mudah di bwh berdasarkan apa yang saya faham:
1. Allah tidak menurunkan ujian kepada hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan diriku.
2. Mungkin ku merasakan suatu perkara itu baik buatku tetapi sebenarnya tidak (dan sebaliknya).
3. Berkerjalah seolah hidup selamanya dan beribadahlah seolah ku akan mati esok hari.
4. Semua perkara yang dilakukan hendaklah aku niatkan pd Allah swt.
5. Bantulah dengan memberi apa yang aku suka pada yang memerlukan dan suatu hari nanti Allah akan membantuku dengan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka.
6. Samada kekurangan atau kenikmatan yang Allah turunkan, ia sebenarnya menjadi ujian pada ku maka hendaklah sentiasa kuatkan iman dan tidak terleka.
7. Setiap apa sahaja yang berlaku, gali lah apa yang tersirat dan hikmah kerana Allah menurunkan kedua2nya , jangan lah ku lalai dan berkeluh kesah.
8. Jadi lah setiap apa disekeliling ku satu ilmu Allah dan pengajaran pada ku.
9 . Sentiasa bersyukur, walau apa pun yang Allah kurniakan.
10. Solat dan doa adalah senjataku.
Itu hanya lah beberapa bait yang dpt dituliskan disini yg sentiasa menjadi 'guru' terutamanya ketika diri rasa kehilangan dan teramat kecil. Hanya pada Allah tempat ku mengadu dan cukuplah Allah bagiku.
...Ketika saya mengakhiri entry ini, dikejutkan dengan kematian seorang lg Lupus fighter..muda lagi.Alfatihah untuk beliau. rasanya 2 hari lepas membaca komen beliau di SLE / Lupus Upport Group page.
DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali.
Jumpa lagi, ..
Ahlan Wa Sahlan Yaaa Ramadhan..
No comments:
Post a Comment