salam
being quiet and lonely. it is not nice to think of, but, i dunno..why i keep on imagining a situation where i finally settle down at a place where no one else but me. no light but darkness. no sound, but a very strange feeling. the place where every one of us cannot escape from.. in a new 'home'. alam barzakh. Tak tahu lah kenapa, asyik memikirkan perkara itu. mungkin kerana usia yg semakin menginjak? tidak juga kerana kematian tidak mengenal usia. sekilas, sy terfikir akan keluarga yg bakal ditinggalkan. terutamanya permata hati sy 3 org itu. bagaimanakah mereka dlm ketiadaan saya?
Bukanlah sy mengatakan sudah letih hidup di alam ini..Cuma apabila hati menjadi retak, segenap ruang sudah tdk ada kehidupan; hanya yg diharapkan ialah nikmat kesabaran dariNya. Hanya Dia yang menjanjikan kehidupan yang sebenar. Dunia sudah tidak ada apa lagi yang diharapkan. Benarlah kata2 ulama', dunia hanya bersifat sementara, kenikmatannya tidak kekal. Kepalsuan di mana mana. Yang indah dan kekal ialah alam akhirat, di syurganya. Maka lipatgandakan usaha ke syurga Allah.
Sesungguhnya dunia terisi jutaan godaan kpd insan yang imannya goyah. Mudah terpedaya dgn nikmat kejayaan, kekayaan, harta dan pangkat. Fikir fikirkan lah, ke mana arah tujuan hidup sekiranya beraja harta dunia itu? Berbaloi kah menyakiti insan lain hanya krn memburu harta dunia? Berbaloi kah bersikap bongkak hanya kerana mahu dilihat gah di mata dunia? Berbaloikah menghina insan lain setelah beroleh setitis kejayaan yg Allah kurniakan?
Lihat lah! Permainan perhiasan dunia yg akhirnya melihat ramai yg tumpas imannya.
Dan sy melihat sendiri kini..di realiti. Sesungguhnya ia benar2 terjadi. Bukan lagi sandiwara di kaca tv. melihat dgn kecewa. kerana tidak termampu utk menghalang . Tidak mampu untuk diberitakan sejelas2 nya bahawa: '' Beringatlah! Berwaspadalah! Jgn jdkan dirimu hamba nafsu, kelak iman mu binasa! hancurlah roh mu!''.
Tidak juga mampu untuk saya hindari jauh darinya. Sayang sekali, hanya mampu melihat . Namun tetap dititipkan doa agar kembalikanlah nurani yang ikhlas, tulus dan rasa rendah diri di sebalik lambakan perhiasan dunia milikmu.
Tatkala memohon dan bermunajat, ketika itulah saya rasakan bhw kehidupan ini sebnrnya beracun kpd roh insan jika kita lalai dan mudah digoda. memikirkan dunia membuatkan dasar hati ini seakan muak. Sebaliknya, ketika berkata kata dgnNya menjadikan jiwa ini penuh rasa takut padaNya, berserah kpdNya secara total maka lahirlah perasaan redha. Hairan sungguh, saya sudah tiada hati utk memberontak walhal saya boleh melakukannya. Kesabaran yg Allah kurniakan ini sgt2 mendamaikan. Perasaan redha itu kini mengisi jiwa sy dgn rasa yg lebih manis.
Till we meet again..see you soon. take care.
No comments:
Post a Comment