Friday, 13 January 2012

Aku dan Hospital.

salam jumaat

Semalam sy ke hospital menghadiri appointment doktor. Waktu apptmnt awal juga; 9.50am namun yg peliknya setibanya di sana sy lihat telah ramai pesakit yg sdg menunggu. Ini bermakna waktu 9.50am itu sbnrnya bukan 'awal' spt yg sy fikirkan.

Kebetulan, saya terserempak dgn seorg fren di fb Lupus Support Group Malaysia yg baru selesai berjumpa doktor.

Saya suka tempat ini. Tempat di mana saya bertemu pesakit2 daripada pelbagai masalah kesihatan. Tempat saya merenung perlakuan mereka, perbualan sesama mereka, gelagat staf2 hospital yang kelihatan seperti selalu; kelam kabut dgn urusan kerja mereka.

Seketika pintu bilik doktor dibuka, saya terlihat ketua kpd sekumpulan doktor pakar dari unit nefro yg merawat pesakit SLE dan kidney ini. Saya tersenyum; perawakan doktor ini garang, agresif ketika menginginkan sesuatu dari staf nurse, tegas dalam konsultasi dan kadang2 tinggi suaranya esp bila pesakit mengadu..''saya terlupa makan ubat doktor''. Memang kadang2 bole menangis dan terhenti kejap degupan jentung bila berhadapan dgn doktor ini. Namun; daripada pengalaman saya, doktor ini sgt dedikasi, baik dan ada sisi lembut di dlm dirinya.

Suatu ketika dulu, saya berada di bwh pengawasan doktor ini ketika awal diagnosis sehinggalah saya disahkan remission. Ketika itu saya masih belajar di universiti di tahun tiga. Akibat kerap berulang alik ke HSA, Jb; tanpa disedari ada sepasang mata yang memerhati kan saya rupanya :').

Suatu hari saya menerima sekeping kad dan cenderhati daripada si jejaka; yang juga merupakan seorang staf di hospital itu. Kad tersebut di kirimkan kepada staf nurse yang bertugas di blik doktor. Apabila konsultasi berakhir , saya menerima kiriman nya betul2 dihadapan doktor ini. Terpinga2 saya dibuatnya. Lantas doktor bertanya apakah kiriman itu dan siapa pemgirimnya. Dgn jelas, staf nurse memberitahu nama si pengirim lantas doktor tersenyum sambil mengusik saya. Segan sungguh saya ketika itu. Merah padam muka saya dibuatnya.

Itu salah satu kenangan manis ketika berkunjung di hospital. Tempat ini memberi pengertian yang lebih luas kpd golongan spt saya terhadap aspek kemanusiaan. Di sini pelbagai lapisan umur ditempatkan, pesakit bayi , kanak kanak, dewasa, orang tua, ibu mengandung, buta, kemalangan daripada kaum yg berbilang. Walaupun senario di sini tidak lah se ceria spt mana yang kita inginkan iaitu pesakit mengadu sakit, langkah yang diatur juga lemah, anak2 kecil menangis dan raut wajah pesakit yang merenung jauh namun saya betah menghadapi nya. Kerana jika saya tidak berpeluang ke sini berulang kali, maka saya kehilangan satu pengajaran dan pengalaman yang sukar didapati di luar sana.


Thats all folks. See you soon. Take care!

No comments:

Post a Comment