Friday, 22 July 2011

Nikmat Jumaat.

Salam.

Hari Jumaat yang indah. Sewaktu saya dalam perjlnn ke ofis hari ini, hujan turun dgn lebatnya lebih kurang 30 min.

Sewaktu kecil dahulu; pantang hujan lebat, saya memasang strategi bagaimana utk menyusup keluar ke luar rumah utk menikmati hujan. Kami adik beradik ada 'port' spesyel, iaitu berhujan di bawah aluran yang bersambung dgn bumbung (atap genting). Air hujan menuruni deras aluran (diperbuat dari zink) ini dari bumbung dan kami bergelak ketawa riang apabila ditimpa hujan. Kunun kununnya bermandi manda di air terjun. Best sangat.. tidak ada limit masa tertentu , tetapi biasanya tamat apabila tangan kecut, mulut membiru (kesejukan) atau dijerit oleh atuk dan nenek utk masuk ke rumah ! walaupon kene marah dan dibebel, ttp seronoknya bermain hujan terasa rasa hingga dah beranak pinak skrg ni...

Sewaktu di England, jarang berlaku hujan kecuali musim luruh. Ada lah juga ketika musim spring dan summer. Keseronoknnya kurang kerana hujan yg turun tidak selebat di Malaysia, tiada kilat dan guruh. Malah kerinduan terhadap hujan ada saya catitkan dalam satu entri. Siap dgn rakaman hujan turun yg tak seberapa itu ! Ketika itu terasa nikmatnya Allah mengurniakan hujan kpd kita. Terasa sunyinya apabila beberapa tahun tidak mengalami hujan lebat.

_________________________________________________

Hari ini, selepas dua hari berkursus, saya kembali ke ofis ini dan melakukan rutin harian. Petang ini pula kami sekeluarga ke Melaka krn suami bermesyuarat di sana. Pertengahan minggu hadapan saya terlibat dgn seminar dan satu mesyuarat di Serdang. Hujung minggunya pula, saya dan suami terlibat dalam suatu mesyuarat lain di Johor Bharu selama 3 hari dan akan membawa sekali anak anak kami.

Begitu lah peta Allah yang telah dilakar sejak Luh Mahfuz. Apa jua yang diberikan sejajar dgn apa yang terbaik untuk kita. Masa tidak cukup 24 jam? Saya tidak mahu memikirkan apakah ianya cukup atau tidak. Saya lebih mementingkan bagaimana utk mendatangkan hasil atas setiap urusan yang mendatangi. Kadangkala kita terlebih merancang, sedangkan Allah menunaikan hasrat kita dgn memberikan sedikit sahaja, jauh drpd yg kita hajatkan dan kita kecewa. Namun at the end of the day, barulah kita sedari, bhw yg sedikit itulah yang sebenar2nya yg kita mahukan.

Kadangkala kita berhajat utk mendpt yang sedikit, namun Allah kurniakan yg lebih byk
sehingga kita merasakan ia nya satu bebanan tdk tertanggung. But at the end of the day, kita berjaya juga. Sedarlah akan kita bhw Allah hanya menurunkan sesuatu takdir itu sesuai dgn keupayaan hambaNya. Ya, mmg ada juga waktu kita gagal mencapai jaya. Namun, Allah turunkan bersekali dgn bantuan2 yg tersirat dan berhikmah yg perlu kita gali sendiri. Secara tdk langsung kita melalui pengalaman hidup yg jarang2 diselami oleh insan lain. Percayalah , pengalaman itu lah yg memberi lbh kualiti hidup berbanding org lain.

_________________________________________


Insyallah Ramadhan tahun ini akan dialui kurang 2 mingu lagi. Tidak sabar sungguhh!

Masuk shj ke bilik ofis pagi ini, saya menerima sebekas kuih tart nenas. Whoaaaa...sungguh nikmat menikmati kuih tart di tanahair buat kali pertama selepas 4 tahun!! Bunyi nyer kelakar kan tapi, itu lah gambaran keseronokan saya. Penangan berhari raya 4 kali di rantauan !!


Dear frens, andai kata terdpt tulisan saya yg mengguris hati, sy memohon jutaan maaf. Zahir dan Batin. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Sama2 la kita mengumpul pahala dan menyucikan diri . Insyaallah.

See you soon very very soon. Take care!

3 comments:

  1. sedapnye kuih tart, saya suke jugak..happy for you, selamat menyambut ramadhan al-mubarak, kami akan naik ke atas macam tahun lepas, mungkin akan jumpe kak ti di sheffield sebab book hotel di sheffield/barnsley.selamat bekerja untuk akak :-)

    ReplyDelete
  2. tq..
    selamat ramadhan utk ziha sekeluarga.
    nak p sheffield yer, hv a save journey :)

    ReplyDelete
  3. haa..skrg dh kat edinburgh umh kwn sini uthm gak..perjalanan terus ke scotland dari manchester dan liverpool semalam....pastu ke new castle, sheffield n nottingham...pastu br blk exeter :-)

    ReplyDelete