Seminggu berlalu sudah dan kami kembali ke Sheffield. Sesampai di Bristol airport selepas 4j di awan biru, angin dan udara sejuk mula menusuk ke tulang belulang menandakan ..ya. !!..kami sekrg back in England.! Pheww..Alhamdulillah selamat sampai dah pd jam 12tgh malam. Perjalanan ini agak mencabar juga, maklumlah ini fes time bercuti di pulau. Jauh pulak tu. Well, semua selamat dan akhirnya...6 jam kemudian kami tiba di rumah setelah beberapa kali berhenti di Service highway utk lelapkan mata..
Entry kali ini khas utk bkongsi pengalaman sewaktu di Tenerife Island, sebuah pulau terbesar dlm gugusan pulau Canary, Spain. Jika dilihat di map atau globe, Tenerife dikelilingi Lautan Atlantic bersebelahan dgn benua Africa (antara Morocco dan Western Sahara). Tidak hairan lah cuacanya sentiasa panas spjg tahun (24-26C) kecuali waktu winter (20-22C). Walaupun dikelilingi lautan, angin pantai belom dpt menyejukkan pulau ini disbbkan cuaca tropika dan kering. Secara geografi, pulau ini terhasil dari letusan gunung berapi di dasar laut million yrs ago. Malah trdpt gunung ganang yg jelas kelihatan hasil drpd larva letusan tsbt. Tenerife sinonim dgn puncak El Teide iaitu puncak tertinggi di seluruh negara Sepanyol dan kini menjd tmpt tumpuan utama pelancong dan diikitraf sebagai national world heritage.
Faktor alam semulajadi di pulau ini menarik perhatian kami utk menikmatinya...dan pantainya yg indah..Subahanallah.
Hari 1: Sesampai di apartment yg tltk di selatan Tenerife, Parque Albatros(10min from the airport) pd jam 7mlm, km kagum dgn keindahan kawsan tsbt. Pertamanya, tentula cuaca yg ala2 Malaysia serta pokok2 kelapa, bunga2an yg sering dilihat di tanahair. Hati mula x sabar menunggu pagi esok menjelma...Dan menariknya, waktu UK dgn waktu Tenerife tidak berubah, sama sahaja.
Hari 2: Setelah menikmati hidangan ringkas di balkoni, kami bersiap ke bandar berhampiaran itu Los Christianos menaiki bus. Public transport yg bagus dan kemudahan utk para pelancong amat baik pd sy. Ini tidk menghairankan krn sumber ekonomi mrk ialah 60% dr sektor perlancongan. Di Los Christianos, km cumer bjln2 memerhati sekitar bandar dan pantainya yg menjd tumpuan pelancong2 dari negara2 sejuk menikmatinya. Restoren makanan laut tentu la byk, begitu juga dgn kedai2. Sesampai di apartment kami mengambil peluang bersair2 di pantai berhampiran. Sgt cantik dan menawan. Itu jer lah yg dpt diucapkan. Hati sgt riang!
BERMAIN OMBAK DI PANTAI GOLF DE SUR.Hari ke3: Kereta disewa utk bbrpa hari bg memudahkan eksplorasi. Destinasinya ialah Santa Cruz iaitu pusat bandar Tenerife tletak di Utara. Tidak jauh, cuma 1j pjlnn. Bandarnya besar, dan di sinilah terletak satu lagi airport yg mn kecil sdkt berbanding airpot di selatan.
Hari 4: Ekspedisi ke puncak gunung berapi El Teidi, a must-visit-place. Perjalanan yg mencabar kerna;
ber sesat sesat, laluan ke puncak gunung zig zag, cuaca panas, anak2 meragam nak g swimming pool kat hotel. Alhamdulillah, 1 jam kemudian sampai di El Teide National Park. Kelihatan ramai tourits, samada berkereta dan naik coach. Di sini, cuaca semakin panas. Tiada tumbuhan kecuali kaktus dan sejenis tumbuhan lagi. Berbeza dgn suasana di lereng2 gunung yg ditumbuhi pokok pine. Pemandangan di sini amat indah bg saya, kawah gunung berapi , batu batan yg ringan (terhasil dr lahar gunung berapi). Pendekata, tmpt yg sesuai utk menikmai kesan2 geografi letusan gunung berapi.
Walaubagaimanapun begitu, terdpt 'pantang larang aka amaran keras' yg perlu di teliti olh pengunjung sblm decide to go to the summit. Terutamanya yg ada masalh kesihatan, asma, mountain sickness yg boleh mnybbkan pengsan secara tiba2. Senang kata yg trauma apabila berada di tmpt asing di tnh tinggi. Oksigen level juga nipis apabila di tnh tinggi. Mmg betul, kami pun terasa begitu. Cuma dpt luangkan masa kira2 30 mins shj di atas sana. Pd mrk yg bw anak2, hendaklah berjaga2 krn kwsnya luas dan berbatu batan. Takut tersesat dan terjatuh.
Ekspedisi ke puncak Teide terlaksana dgn jaya. Saya sgt gembira dan PUAS HATI! Teringat waktu kecil, waktu jalan tar baru dibina di kampung. Saya selalu meneliti batu2 granit dan pasir yg digunakan utk membuat jalan..Ada berbagai bentuk dan berkilat2, sehingga saya menyimpan impian kununnya bila besar nak jdk penyelidik perihal batu batan ni sumer (geologist la tu) :D
Minat dan kecintaan terhdp natural life terpendam sejak dulu dan hingga kini. Kerana itulah, perasaan sungguh lain mcm bila dah sampai di puncak gunung berapi ni. Masih ada lagi satu impian, iaitu menjejaki ke gunung berapi yg sedang aktif mengeluarkan lahar spt aktiviti kwn saya di Japan. Harap berjaya di lain kali!
Hari2 seterusnya di Tenerife, km ke tgh lautan utk 'menjejaki' dolphin dan whales. Selama 3 jam belayar dan dpt saksikan dolfin berenang bersebelahan bot kami. Whales pula dari sp hitam dan kecil saiznya. Yer lah, kalau yg timbul tu besar spt dlm telly, mau terbalik karam pulak bot kami:)
MENJEJAKI DOLPHIN DI LAUTAN ATLANTIK.
Hari berikutnya kami mendaki ke tanah tinggi sebelah west north iaitu Masca yg mjd tumpuan kedua pelancong. Berada di atas sana dikelilingi alam semula jadi yg mengkagumkan tdk akan dilupakan. Perkampungan bermula ratusan ribu tahun dahulu dan kaya dgn khazanah alam semulajd tdk ternilai.
Soal makanan tidak jd masalah. Seafood mmg popular di sini. Sempat sy masak bbrp juadah seafood dan akhirnya muka mula naik ruam merah dan gatal2. ditambah cuaca panas terik , muka jadk kering menggelupas. iskkk
Menjelang Ahad, kami mula mengemas barang utk pulang ke Sheffield. Rasa berat utk meninggalkan pulau yg seakan2 cuacanya spt tanahair ku Malaysia.
THEIR HAPPY TIME..LIKE ALWAYS. AT SWIMMING RESTAURANT, OUR APARTMENT.
Kenangan kami di sana diabadikan dlm foto2 dan video. Ada yg sy telah share di FB. Ini tiada kene mengena dgn 'showing off' bercuti di luar negara, ttp just wanna share our precious moments dan impian saya sedari kecil yg akhirnya terlaksana. Seorg yg mencintai nature life, soal 'di mana' anda berada itu langsung out of question krn setiap tempat di bumi Allah ini adalh unik dan istimewa. Just appreciate what is around you. and insyAllah, they will make ur life happy in return.
Kala bercuti, maka hilang la keresahan dan keserabutan di benak. Kdg kala bukanlah sering di hinggapi masalah hidup, tetapi rutin yg statik menimbulkan rasa kurang enak yg bole mereputkan semangat ceria anda. Bercuti tidak semesti di luar negara atau tmpt popular, cuma itu adalah bergantung pd rezeki dari Nya. Sesungguhnya percutian ini tidak adakn tercapai jika Allah tdk mengizinkan kami memperolehi rezeki yg tidak terjangka itu ... Syukran.
Till we meet again, see you soon very2 soon. Musim sejuk dah tiba di Sheffield... sinonim dgn musim demam tak kebah2 :(
Semoga kesihatan kwn2 di sini terpelihara. Do take care my dear frenss-:) and thank you for reading.
best lah kak murni...yang Dolphin tu lagik best! patutlah canary island jadik fav pelancong. mmg best! tengok gambar akak pun dah terhibur...
ReplyDeletebest sbb dpt pengalaman yg berbeza.
ReplyDeletejust do what you have been dreaming to. u'll find it totally fun!
su pon feel the same kat Turki nanti . hehe. selamat bercuti.