Wednesday, 2 February 2011

Let your life alive !!

Salam to all.

Melihatkan keadaan rumah ini, mahu shj saya mengupah orang utk mengemas. Tapi, siapa agaknya yang mahu? Tugas beliau ialah memasukkan SEMUA barang2 KAMI yang mana diperlukan ke dalam kotak2. Haaa..siapa mau siapa mau, angkat tangan tinggi tinggi..

Masalah utama sebenarnya ialah : Di mana harus dimulakan? Bilik atas? bilik utama? ruang tamu? ruang makan? atau setor? Arghhh..hati ingin segera pulang ke Malaysia, tetapi urusan mengemas barang mesti ditempuhi dahulu. tak suka. tak suka.
Hujung minggu lepas saya mengambil bahagian dlm boling. Saya seorg yg suka bersukan. Ada beberapa jenis sukan yg mmg saya ketagih dgnnya. Walaupun selalu saya dengar kata kata sinis, tetapi saya yakin usia seseorg bukan penghalang. Apatah lagi mengetahui sy pernah kecederaan patah siku ketika bermain bola jaring dan mengetahui sy mempunyai Lupus; tetapi itu tidak bermakna anda harus pencen dari bersukan. Apa yg saya lakukan ini ialah setelah mendapat nasihat dan doktor. Walaubagaimana pun , sy tidak hairan dgn kata2 itu;kerana mereka tidak mengalami apa yg saya alami. ..Sebenarnya, suatu mitos jika mengatakan org spt saya patut mengelak diri dari bersukan.

Ada juga yg sihat tubuh badannya mengelak dari bersukan kerana takut pada kecederaan. Aduhhh..di dapur, di sekolah, di dalam bus d dimana2 saja bole berlaku kemalangan itu. Saya teringat pd event boling yg lepas, segelintir daripd sahabat disini agak keberatan utk mengambil bahagian krn takut tangan nya terkehel. Takut urusan study mereka terganggu katanya esp yg sedang 'writing up'. Kesian sungguh saya kpd mereka... krn anggapan itu amat lucu!!. Hey. Jgan sekali2 menipu diri sendiri, teruskan hidup seperti biasa krn kita manusia yg bijak tentunya meng ''adjust'' diri sendiri mengikut situasi :))) Waktu itu, kejadian saya terjatuh sewaktu bermain bola jaring baru shj berlaku. Saya mengaku kemalangan itu boleh dianggap ''tidak sepatutnya ''berlaku. Kerana kedegilan kami tidak mengambil langkah yg bijak itu tetap mahu meneruskan permainan di gelanggang basketball yg dibina dari konkrit yg keras.


Lesson always to be learnt, ok...




Bowling tournament sepanjang 2009.
Foto yg pertama ialah sebulan slps casting ditgn kiri dibuka. Lihat, saya membaling menggunakan tangan kanan, (krn sy lefthanded). Hasilnya not bad. Selpas kecederaan tgn kiri, baru lah sy tahu tgn kanan sy juga berupaya melakukan byk benda -:) Hikmah dari kejadian Allah.


Bowling 2011. Asalnya utk winter 2010, dibw ke dpn Jan 2011.


Hadiah boling. Spt biasa hadiah berupa brgan dapur Pyrex, atau Luminarc :).
Anak2 saya confuse dgn hadiah ini, katanya..'' should be trophy or medal instead''. Yg ni ni bkn hadiah katanya.

Foto sewaktu tournament sukan Helwa yg pertama pd 2008 di mana saya ditugaskan utk mengurus perjalanan sukan ini tidak ada dlm simpanan! Sedihnya!! Namun sgt gembira krn penat lelah terbayar apabila semua games berjln sprt yg dirancang dan mendpt maklum balas yg menggembirakan. Ketika itu sy menguruskan 40peserta dlm acara netball dan 40 peserta juga dlm acara boling. Lbh manis lg, dlm acara boling sy mendpt jatuhan pin tertinggi dan dinobatkan sbg Ratu Boling. Sungguh tak sanga krn dlm kesibukan itu (netball d boling diadakan pd hari yg sama), sy tetap fokus sewaktu balingan. Utk netball pula, pasukan saya mendpt tmpt ke2 dari 4 pasukan. Alhamdulillah.
Apbla sy mendaftarkan nama dlm setiap acara, tiada menyimpan niat yg menggunung utk menang atau membawa balik hadiah, krn sesungguhnya sy beranggapan acara sebegini mempunyai agenda yg terlebih penting dari itu ; iaitu menikmati saat2 indah bersama serta mengeratkan silaturahim. Tanya lah pd ahli sepasukan yg pernah bersama saya, sy selalu menyatakan pd mrk; apabila bermain, lapangkan lah dada, fokus dan bergembira lah. Dgn nya, anda akan sentiasa berasa kemenangan itu milik anda hingga ke hari esoknya dan selamanya :)

Kenangan indah bersama kawan2 ini di Sheffield sentiasa manis di ingatan.
Apabila sy kembali ke tanah air nanti; kenangan itu bakal menjadi semakin manis.
Tiba2 teringat.. sudah sekian lama saya tak bermain netball. Kali terakhir kira2 sebulan selps operation tgn yg cedera itu pd 2009. Rindunya !!!!!!
See you soon, very2 soon. Take care!
























No comments:

Post a Comment