Salam to all.
Sepanjang malam tadi dan hari ini Sheffield seolah dilanggar taufan. Yg telah menyebabkan bunyi bunyian seram disepanjang malam. Juga bunyi bunyian spt ada benda tumbang yg agak kuat. Setelah diselidiki rupa rupanya tong sampah yg diletakkan di luar rumah tumbang dilanggar angin kencang lalu termuntahkan isinya. (Jumaat hari bin lorry visit :D). Juga bunyi bunyian yg menyebabkan tido kurreng lena; bunyi daripada daun pintu yg kejap tutup kejap terbuka tempias daripada angin kencang yg memasuki lubang2 tingkap.
Spt biasa jam 4.40am mata terbuka. Tapi, selimut tebal duvet pd mulanya kelihatan gagal utk diselak. Bagaimanapun, 20 min kemudian sy sudah berada di dapur; segar dan selamat utk memulakan tugas2 harian.
Kemudian, pintu rumah dibuka dan barulah terasa realiti suasana di awal pagi ini. Angin sekencang kencangnya, membawa bunyi deruan yg seram (ttp, pd sy tak der lah sampai kecut perut). Hujan sederhana lebat membasahi long coat, hendbeg serta high woolli boot saya. Langkah diatur; sekencang kencang nya. Apabila tiupan angin menyongsang arah langkah saya; terasa begitu sukar dlm setiap langkah itu. Kaki seolah ditolak ke tepi dan di tarik ke arah yg lain. Payah sungguh utk menapak. Sebaliknya, apabila tiupan angin selari dgn arah langkah saya, di bantu dgn keadaan muka bumi curam menuruni bukit, terasa saya kedua2 kaki terapung, perjalanan begitu deras seolah ringan saja anggota badan ini. Dan seperti mana biasa, badan mengeluarkan peluh menunjukkan setiap inci tubuh bergerak aktif mengambil bahagian dlm menjayakan ''Misi Perjalanan Pagi'' . Alhamdulillah.
Hari ini tiada kicauan burung yg menemani saya utk perjalanan 15 min ini. Selalunya, zikir2 saya sepanjang jln diiringi dgn kicauan burung. Hembusan angin pagi yg segar hari ini bertukar kpd edisi tiupan yg ganas, tetapi pada saya tetap mengasyikkan. Dgn gayanya, angin kencang ini memberitahu kita sesuatu, terutamanya kpd yg menghayati alam.
Angin itu sifat nya misteri. Tidak dapat dilihat, dipegang. Tetapi tenaga yg ada padanya mampu menggegarkan bangunan yg kukuh. Sebaliknya ketika ia bertiup lembut, mampu mendamaikan gelora di jiwa.
Till we meet again, see you soon. very2 soon.
No comments:
Post a Comment