Monday, 2 December 2013

Disember 2013

Assalam

Musim tengkujuh sudah bermula serentak dgn kedatangan disember. Hujan turun sudah seharian, fenomena biasa hujung tahun. Kain baju di ampai sentiasa penuh tak mudah kering.

Setiap hari, di hujung tahun begini pagi-pagi lagi kedengaran suara-suara drpd tv. Cuti sekolah dan tv memang tidak dapat dipisahkan!

Alhamdulillah, sehri sebelum cuti sekolah bermula kami sekeluarga meraikan kesyukuran atas kejayaan anak kedua dlm upsr. Suatu masa saya melihat keputusan upsr ini sbg sekuntum kapas yg berterbangan gugur drpd pokoknya. Dan setelah menguruskan, memerhati dan menghayati bagaimana anak2 lelaki saya berjuang untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dgn rakan2 nya membuatkan saya begitu kagum dgn spirit perjuangan anak. Bukan suatu yang mudah pada anak-anak yg mana asasnya di garap di luar negara, manakala hasilnya dituai di tanahair! Kerana hakikat sistem pendidikan, budaya, latihan, bahasa nya sgt berbeza.

Saya tidak pernah mempertikaikan berapa A yg mereka dpt, tetapi semangat juang mereka yang membuatkan perasaan saya sgt tersentuh. terima kasih anak-anak mama kerana mampu dan berjaya dalam melepasi duri2 halus ini. Semoga ini menjadi asas kepada perjuangan yg menanti mereka di masa dpn.

Bulan Disember ini genap 3 bulan saya meninggalkan tugas rasmi sebagai staf dan menjejak diri di alam pelajar. Sedari awal, saya tanamkan dlm diri, apa sahaja yang perlu ditempuh, saya akan usahakan yg terbaik. Oleh sebab itu, lahirlah ketenangan meskipun kadang kala apa yang dirancang tidak seperti nya. Saya sgt bersyukur pd Allah kerana permintaan dlm doa saya diperlihatkan satu persatu..Ya Allah, sesungguhNya Engkau Maha mendengar. Halangan dan cabaran yang saya terima sebenarnya memandu saya untuk lebih lagi memohon dan berdoa kepadaNya. ya ,,..kerana sesungguhnya Allah amat merindui doa-doa dr hambaNya.  maha suci Allah.

Sepanjang 2 bualn lps, saya berpeluang melawat beberpa tempat menarik di sekitar tanahair. Sabah, Kundasang sgt indah ciptaan Allah. Berada di kawasan tanah tinggi dan searas dgn bukit bukau di sekitar gunung kinabalu amat indah. Bangun pagi hari, dihidangkan dgn pemandangan hijau yg sejuk dingin, serta udara segar. Itulah keistimewaan yg tiada tolok banding. Nikmat yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.

Tiga hari 2 malam di Krabi Thailand turut meninggalkan kesan di dlm hati. Airnya yg hijau segar dan alam semulajadi yg menakjubkan..Alhamdulillah.

Cukuplah utk saya berada di alam semuajadi yg mengasyikkan ini...cukup menghanyutkan dan membuai perasaan. Jauh dari kesesakan dan kebingitan kota.

Semalam saya berkunjung ke rumah sahabat yang sdg mengalami detik sukar dlm hidup beliau. Seorg genius, berpewatakan ceria, positif, menjalani kehidupan yg sihat tiba-tiba dgn izinNya telah di diagnose cancer ovari. Saya terdiam seketika ketika mengetahui berita ini. Dari kejauhan saya cuba selami perasaannya sebelum berkata apa-apa. melihat pada latar belakang beliau, sy pasti ini sgt memberi kesan kpdnya dan org2 terdekat beliau. ya, saya rindu untuk berborak dan bercerita namun saya tahu beliau kini sudah berbeza. Saya ambil sedikit masa supaya apa saya dpt kekalkan keceriaan kami sama seperti sebelum ini.

Akhirnya, saya berani untuk mengunjungi beliau dan kami bercerita panjang. Jika sebelum ini saya lebih kepada seorang sahabat, tetapi bermula saat itu, saya bukan sahaja sahabat tetapi berkongsi lebih jauh lagi kehidupan sebagai seorang pesakit kronik. beliau masih perlu melalui rawatan intensif dan kemungkinan melalui kemoterapi.

Sahabat saya ini sgt terkejut apabila mengetahui saya juga pernah menjalani kemoterapi sedangkan dia sendiri tertanya2 pengalaman sbg seorang pesakit yang sdg menjalani kemo.  Saya perlu lakukan (perkongsian pengalaman) sebaiknya, saya harus mengisi peluang ini kerana istimewanya perhubungan ini Allah mentakdirkan persahabatan kami beberapa bulan sebelum beliau jatuh sakit.

Semoga beliau selamat menjalani pembedahan kedua hujung minggu ini dan rawatan susulan.

Sebulan lagi tahun bertukar 2014. Setiap nafas usia makin terasa, hebat dan bermakna.

Sekian. Assalam




No comments:

Post a Comment