Tuesday, 21 May 2013

Cerita Kini

As salam

apakabar..? :)  Berehat lama drpd menulis blog.. today im back.

Hari ini merupakan hari agak relaks (walaupun perlu siapkan print dokumen sebelum ptg). Relaks sbb dokumen tu dh pon siap utk ke peringkat seterusnya :) Lega sgt rasanya.
Itu pun baru satu dokumen, dokumen hampir serupa akan menyusul sebelum hujun bulan ini. Tak mampu nak teruskan dgn yang kedua, biarlah dahulu kerana saya sudah sgt penat dgn preparation job utk yang ini.

Dalam meyibukkan diri dgn kerja2, tanggungjawab di rumah tetap dijalankan. Sementelah anak2 di musim mid term exam. Sekolah pagi & petang. Tahun ini sekali lagi mama akan hadapi sistuasi demam exam, dimana anak ke dua akan menghadapi upsr. Yg abang dah lepas ke sekolah menengah, now giliran si adik pula.   Makanya, hujung minggu baru2 ni, mama & anak duduk sekali menyelesaikan kerja masing2. Mama dgn laptop, anak dgn buku2 nya. Mama kene buat 2 dlm satu. Penat di meja study, saya uruskan packaging goodies , utk persiapan majlis kawin adik ipar hujung minggu ini. ..Suasana rumah masih terkawal. (agaknya lah) sbb KHAS utk situasi spt ini sy low-grade kan spesifikasi 'kekemasan rumah; supaya mata dan hati tak sakit hhehheh. Nampk sepah sana sini, sy tutup mata je lah.

Cuaca sekarang berlainan panasnya. Mungkin itulah antara sebab rasa tidak selesa. alangkah best dpt duduk2 berehat,..lbh2 lagi di kwsn tenang, sunyi dan nyaman..dihembus angin sepoi2 bahasa. Seperti suasana petang hari, sunyi shj dgn cuaca suam2 kuku..ahhhaaiiii, berangan sungguh .

Kepala ini berdenyut2. Saya teringat suatu pagi , minggu lps, dimana bangkit shj dr tidur sy teraba-raba . Terasa badan melayang dan kurang stabil utk berjalan ke bilik air. Tak tahu apakah signal itu.. Adakah letih ? tidk cukup tidur? terlebih  mkn? Terlebih kopi...kah? kurang exercise?

Kopi!! Sedari dulu hingga minggu lps, ke afinan saya terhdp kopi sgt2 ketara. Siapa shj yang bersama sy pasti akan tahu kegilaan sy terhdp kopi. 3 in 1. tiga mug kopi satu hari perkara biasa pd sy. Tiada kopi, tiada lah sy. Hahahah!

Namun, selps peristiwa bangkit tidur dgn rasa pening2, automatik saya mula kurangkan 3 in 1. Tekak tidak lagi meminta2 kopi. Akibatnya, saya tak tahu nak minum apa..!!! olh kerana teh, milo dan jenis minuman lain tidak 'serasi' , maka air suam shj yg diambil. Ada juga secwan teh atau milo/coklat, tetapi bdn mula letih, mata mula mengantuk. where is those energy?

Walau apa pun, rutin tetap perlu ditempuhi. Keluar bekerja, then balik rumah pon utk bekerja. Hati puas melihat apa yg diusahakan mendtgkan hasil. Itu sudah cukup. Semoga semua yg sy lakukan menghasilkan kebaikan. Amin.  

Sesungguhnya hidupku matiku ibadahku untukMu.


No comments:

Post a Comment