As salam..
Sekian lama menutup pintu blog tiba2 hari ni terasa nak menulis.Tahun 2012 dah terlepas 7 hari yang lalu. Perubahan angka tahun kali ini agak terasa. Tak ada specific significant cuma sgt menyedari bahawa masa itu telah berlalu dan tak kan kembali. Indahnya jika setiap saat yang dianugerahkan kpd kita dimanfaatkan ke maximum ...alangkah..
Permulaan tahun 2013 diwarnai dgn kesibukan saya sbg pekerja..dan saya sebagai ibu di rumah. Menjadi kebiasaan pada setiap hujung tahun organisasi akan membuat perincian perbelanjaan utk tahun seterusnya jadi ada lah perkara berkaitan yg perlu dihalusi. Begitu juga dgn sasaran kerja utk tahun hdpn yang menjd topik hangat setiap hujung tahun. Dan pd setiap akhir tahun pula ibu bapa berpesta di pusat beli belah untk menyelesaikan urusan sekolah anak2. Tahun ini anak bujang sy memasuki alam sekolah menengah. Ini pengalaman pertama dlm keluarga sy maka bertambah kalut lah si ibu memastikan anak sulung yg satu ini menempatkan diri di sekolah yang bagus demi masa depan beliau.
Seminggu sebelum sekolah sesi 2013 bermula, urusan membayar yuran utk sekolah pagi dan sekolah agama dibereskan. Untuk tiga anak pun pd saya agak tercabar juga. Macamanalah agaknya dengan ibubapa yang mempunyai lbh ramai anak yg bersekolah..... Alhamdulillah, semua nya berjln lancar dan ok. Hari2 persekolahan bermula dgn baik. Untuk anak sulung saya pula diberi perhatian lebih sedikit kerana beliau perlu diajar menaiki bus utk ke sekolah manakala waktu pulang pula lebih mudah dijemput.
Giliran anak kedua saya tahun ini bakal menduduki upsr. Dengan pengalaman melihat abangnya tahun lepas, saya berdoa agar beliau mampu melalui tempoh persediaan upsr dgn jaya. Apalagi yg diharapkan oleh ibubapa selain kejayaan anak2. Bukan lah memaksa mereka tetapi berbekalkan dgn keputusan yang baik maka urusan mememilih sekolah menengah akan lebih mudah dan memberi manfaat pd mereka di masa hdpn.
Memerhatikan anak2 membesar dan menjalankan tugas seharian menjadikan saya kurang peka kpd perubahan masa! Sedar tidak sedar usia kita bertambah ! ya betul sblm ini sy kurang melihat kepada perubahan angka pada usia malahan sy pernah lupa usia sendiri. Tahun ini menyaksikan sy hampir kpd usia 40an. wahhh. Namun lebih 'wahh' jika usia yg berlalu itu benar2 bermanfaat dan berkualiti. Apakah kita sedang melaksanakan tanggungjawab sebenar sebagai 'khalifah'. atau ada perkara telah 'mesmerized' dan akhirnya mislead perlakuan kita seharian?
Usia itu hanya wujud jika Allah swt mengizinkan. Jika Dia mahu memanjangkan, maka lanjutlah usia ini. Jika Dia memendekkan,..dgn sekelip mata usia terhenti. Saya semat dalam hati, 'bila2 masa shj roh akan bercerai drpd jasad. selepas itu maka bermula detik2 pertanyaan, pembalasan ke atas setiap satu perbuatan kita ketika di bumi'.
Sesungguhnya tiada yg kekal di bumi.. Mengingati mati suatu yg wajib sebelum tidur spy sy beringat. Harapan saya agar ia membantu saya menjd insan yg lebih baik dan kebih baik. Kadang kala fikiran kacau dan ketika itulah godaan syaitan datang menyelinap. Apabila fikiran terperangkap dgn suara syaitan, terjadilah perkara2 lain yang membawa kita ke lahar api neraka. nauzubillah.
Hidup di dunia sudah tentu byk godaan. Sukar mengawal godaan jika fikiran tidak berkerja selari dgn syariat. Ada sahaja yang terlintas; perasaan buruk sangka, benci, berdengki, nafsu amarah dan sebagainya.
Tindakan 'memaafkan' dan 'buat biasa2' shj..Itu lah yang sy selalu amalkan kerana jiwa saya tidak kuat utk melawan hasutan syaitan jika saya berterusan menyimpan sifat2 buruk spt di atas. Walaupun itu memperlihatkan kita 'lemah' tetapi pada saya itu merupakan satu 'kekuatan'.
Banyak kali sudah saya mengambil tindakan ' just let it go'. Buat apa meneruskan atau memanjang2kan masalah. Cukup lah dgn mengalah agar semuanya kembali normal. Kenapa perlu kita bebankan dgn rasa stress thdp sesuatu sdgkan yg payah itu boleh dipermudahkan. Hidup ini tidak lama, maka imarahkan ia dgn sebaik2 nya. Kerana saya tahu bahawa usia yang ada pd saya ini bila2 masa sahaja boleh ditamatkan.
Semoga kita semua dilindungi daripd hasutan dan godaan syaitan yg direjam! Semoga hari2 seterusnya membuahkan amalan2 yg diterima Allah swt. In sya allaahh
No comments:
Post a Comment