Thursday, 6 September 2012

Dada.

As Salam..Salam Aidilfitri. Masih lagi di bulan Syawal, kehidupan berjalan seperti biasa.

Seperti kata anak sulung saya, '' tahun ni abang tak beraya sangat laa''. Agaknya itulah yg sering dibualkan sesama rakan beliau di sekolah. Abang akan menduduki upsr pd 11 sept ini. Saya mendoakan yg terbaik utk dirinya, bukan yg terbaik utk sy atau orang lain. Kerana Allah telah merancang yang terbaik utk kehidupan anak saya.

Sejak pulang dari England , abang telah sempat menduduki 3 peperiksaan besar di sekolah nya. Keputusan yg diperolehi utk peperiksaan yg pertama iaitu kira2 seminggu slps mula bersekolah agak mengecewakan guru2 nya tetapi tidak pada saya! Ini krn sy fhm kesukaran yg dialami anak2 dlm menempuh fasa perubahan yg sgt2 berbeza berbanding seblmnya ketika di England. Keputusan peperiksaan ke dua pula agak baik sehinggalah kpd trial baru2 ini beliau telah menunjukkan impressive improvement.

Saya tidak sesekali akan membuta tuli memuji anak2 sekiranya bukan itu yg sebetulnya berlaku. Apabila mereka menunjukkan keputusan yg kurang memberangsangkan, sy lebh suka berterus terang dan memberi contoh yg sesuai sbg motivasi. Dan apabila ada improvement mrk tahu itu merupakan satu petanda yg baik. Pada ketika ini, sy akan memuji tetapi ttp menegaskan..;; ''see, you can do it. i believe u will do better next time''

__________________________________________________


Sejak semalam dada kiri sy berasa sakit, spt mencucuk2. Tidak pasti pula knp ttp semalam tghr sy ada makan semangkuk tembikai. Sy amat jrg makan tembikai kerana ia mmbuatkan sy berulang ke toilet! Dulu2 saya ada mendgr arwah nenek cukup prihatin kpd pantang pemakanan pd yg mengambil ubat atau pil. Katanya; jgn ambil air bergas, tapai pulut, tembikai, ubikayu, durian jika pd hari itu ada mengambil ubat. 'Mabuk' katanya. Tak pasti betul atau tidak..tetapi jika durian mmg yer, ..pd org spt saya.

Mungkin juga tembikai ialah punca rasa sakit dada ini. lemah badan pon ia.. Jadi sy pikir, elok juga berpantang mende2 sejuk spt nasihat org tua.

Jumpa lagi!







No comments:

Post a Comment