As Salam
Cerita minggu lepas..
Empat hari di ibunegara minggu lps meninggalkan 3 perkara yang penting pd saya.
1. Matlamat kami (bersama suami) telah tercapai di satu pertandingan international exhibition di kalangan pencipta/pemikir/pemasar yg dtg samada dr golongan akademik atau industri atau orang awam ; ITEX. Event yg diadakan setiap tahun ini adalh platform utk semua yg mencari2 idea,inputs, links, market dan menambahkan lagi pengetahuan dlm menghasilkan produk mereka. Kemenangan pula merupakan satu dorongan utk lebih kreatif lagi di masa akan dtg. Kami pulang dgn 'silver medal' sekaligus menaikkam nama univ dan faculty, alhamdulillah.
2. Kunjungan ke hospital Ampang Putri pd suatu malam dimana anak kecil seorng sahabat yang baru shj menjalani pembendahan mengeluarkan darah beku di otak. Hanya Allah Maha mengetahui perasaan kedua ibu bapa. Sy beryukur peluang ini dpt direbut ketika kami bertugas di KL sempena exhibition tersebut. Mengunjungi org sakit sgt dituntut dlm Islam kerana ia salah satu saluran dimana kita insaf dan mengakui kebesaran Allah, melihat sendiri kesusahan org lain dgn harapan dpt melembutkan jiwa yang keras selain mengeratkan silaturahim. Yg sbnrnya sy sendiri tdk mengetahui shbt ini telah dikurniakan baby baru . Kami tidak berhubungan selps beliau serta keluarga berlepas pulang ke Malaysia setelah tamat tempoh belajar di UK pd thn 2010, sehinggalah berita musibah ini sampai ke pengetahuan kami.
3. Disapa oleh bekas-bekas pelajar saya.
Di tengah-tengah org ramai di Suria Klcc, tiba2 orang seorang wanita dtg menyapa saya. Seperti biasa my puzzled face shown, tp sebaik shj beliau memperkenalkan diri sbg x studen sy pd 2003 lantas perasaan terharu tiba. Terima kasih kerana mengingati.
Seorang lagi ialah bekas pelajar yg kini pengajar di sebuah politek yang dtg ke booth dan memperkenalkan diri beliau dan bertanya khabar. Bangga terasa bila beliau mengatakan beliau juga turut memasuki pertandingan ini. Pd sy pula umpama benihy disemai kini tumbuh subur mengeluarkan buah dan hasil yang memberi manfaat kpd masyarakat.
__________________________________________
Saya tiba di ibu kota pada petang Rabu lepas, 16hb dgn perasaan bercampur baur. Tentulah kerana terpaksa menginggalkan cahayamata sy kerana mereka bersekolah. Mereka dijaga oleh sebuah keluarga yang dulunya mengasuh anak2 ini semasa kecil. Hanya Allah yang membalas jasa dan budibaik mereka.
Niat sy ke sana hanya utk menjalankan tugas sebagai staf di tmpt sy berkerja dan sbg sahabat utk mengunjungi anak kecil beliau. Namun dgn izinNya, kami dikurniakan kemenangan di exhibition tsbt, pertemuan dgn shabat2 lama; seorg darinya juga peserta exhibition, pertemuan dgn bekas2 pelajar dan pertemuan dgn bekas pensyarah sy sewaktu diuniversiti! Alhamdulillah. Allah telah memberikan lebih drpd yg sy hajati.
Tanpa disedari 4 hari di sana bersama suami memberi kami satu tempoh paling lama utk kami berdua-duaan. Berjalan beriringan bersama dan menikmati date yg hebat..Semuanya berjln dgn baik dan dibuktikan berat badan sy semakin bertambah dlm masa 4 hari..Oppss..
Jujurnya mmg agak janggal dlm situasi di mana tiada suara anak2, usikan nakal abang2 kpd putrie saya. Apa pun, saya gunakan sebaik2nya dan setiap hari kami akan berhubung dan bertanyakan hal sekolah dan sebagainya. Suara ceria mereka dihujung telefon memberi lebih ketenangan kpd sy.
Saya tinggalkan ibukota pd Sabtu ptg dgn perasaan gembira dan bersyukur. Insyaallah akan kembali bersama anak2. Anak bongsu sy sudah lama kepingin utk kembali ke Aquaria dan bergambar di tempat yg sama kami sekeluarga bergambar ketika beliau berusia 7 bulan. Gambar tersbt di enlarge dan diframe kan di rumah setiap kali menatap gambar tsbt beliau berazam utk ke tmpt tsbt lagi. Sy pasti beliau sendiri tdk meningati momen ketika di sana (ya lah br 7bln kan), ttp rasa excited ingin tahu nmpknya mmbuatkan beliau tdk puashati jika tdk kembali ke situ.
Bukan tidak biasa ke ibukota ttp kami biasanya ke sana sekadar atas tujuan tertentu shaja dan selesai shj urusan kami terpaksa bergegas pulang ke B Pahat.
See u again.. thank u for reading :)
No comments:
Post a Comment