Monday, 27 June 2011

Kepulangan ke Tanahair. Syukur!

Salam sahabat2 maya!

Berminggu minggu blog sepi tidak diupdate, cumer sempat dijenguk seketika. Sungguh!! Sgt sibuk walaupun cuti selama seminggu digunakan sepenuhnya tanpa sesaat pon dibazirkan.

Ternyata, waktu nak berangkat ke sana kelam kabut kami menyelesaikan pelbagai urusan terutamanya ketika visa sangkut. Waktu kembali ke sini pula, pening lalat uruskan perihal rumah yg dah tak seperti rumah, sekolah anak2, daftar ke hospital utk transfer follow-up dan macam2 lah.

Naum yg paling best berjumpa keluarga serta menikmati durian yg plhg best yg kebetulan tiba musim nya sekrg ini.

Dalam sibuk2 tu, hati girang krn semuanya telah berakhir. Kini, hidup kembali nyata. Berada di rumah sendiri, sambil menonton program kegemaran setelah menjamah juadah merupakan saat indah dan nikmat sekali :)

Di sini,saya ringkaskan diari kami bermula hari terakhir kami meninggalkan Sheffield.

4hb June ; @ 1pm, waktu UK

Sahabat2 datang menziarahi kami buat kali terakhir. Terima kasih diucapkan. Budi baik anda pasti terlekat kemas di dalam hati ini. Dgn 5 buah luggage besar serta 2 buah kotak, kami dihantar ke Manchester Airport dgn menaiki 2 buah kenderaan. Sesampai di sana kami menikmati juadah nasi beriyani kegemaran kami iaitu di AlJazeera buat kali terakhir. Kira2 pkl 3.00pm kami check in dan bersedia utk ke gate yg ditetapkan. Terbayang2 lambaian terakhir penuh kasih sayang drpd shbt2 semua di hari tersebut. Airmata saya menitis, menandakan perasaan sayu hinggap tiba tiba tanpa dipaksa. Saya tahu, sahabat2 yg hadir pd hari itu mempunyai rasa yg sama spt saya krn pertalian antara kami adalh ikhlas. begitu juga mereka yg bertanya khabar, mengunjungi kami di rumah, menjemput kami ke rumah mereka..juga ikhlas dalam jalinan silaturahim ini. terima kasih semua!

5hb June: @ 3.15pm waktu Malaysia.

Penerbangan selama 12 jam tamat, semuanya berkeadaan sihat2 sahaja. Masing2 menikmati waktu tidur yg secukupnya, juga hiburan ''games'' serta video. Juadah dlm penerbangan juga memuaskan. Tiba di KLIA, kaki saya tidak bernasib baik hari ini! Maklumlah, disarung kasut baru dari Clarks..pakai kasut baru kununnya. Moral of the story, jgn le sekali2 memakai kasut baru utk perjlnan jauh. Errr..in a way, saya mendapat sepasang sandal baru dari BONIA outlet seblm check in utk domestic flight ke Senai..Heheee.

Jam 6.15pm, kami selamat tiba ke destinasi terakhir, Senai Airport. Anak2 kegirangan tdk sabar utk menjejak kaki ke tanahair. Yg kecik pon bole tahan, tak sabar2 berjumpa nenek dan menikmati Malaysia walhal beliau masih terlalu kecil utk mengingati kenangan di tanahair 4 tahun dulu!

Dari luggage collection area, dlm kesamaran (sbb x pakai spek), kelihatan lambaian2 ceria dari arrival door. Oh, pastinya itu kaum keluarga yg sabar menunggu kepulangan kami. Lantas saya memanggil anak2 dan sama2 membalas lambaian itu. Lambaian yg sama ketika kami berlepas ke UK 4 tahun dahulu....


...to be continued.

see you soon very very soon!

2 comments:

  1. saya menitis air mata bace entry ni..sedihnnye...nak balik juga...wuaaa

    ReplyDelete
  2. tq ziha sudi mengikuti blog ini.
    ur turn will come soon. jgn sedih2, just enjoy ur precious time abroad!

    ReplyDelete